in

Beratur 6 Jam Untuk Cromboloni, Pelanggan Kecewa Tak Dapat Beli Banyak Sebab Kena ‘Sapu’ Dengan PS

Cromboloni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak manisan yang dikenali sebagai cromboloni menjadi viral, nampaknya ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba pastri ini.

Tular di media sosial, seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan sebuah restoran selepas beratur berjam-jam untuk membeli manisan viral itu.


Menurut pengguna X @IrsyadAdanan, ramai pelanggan menyatakan tidak puas hati kerana tidak dapat membeli cromboloni mengikut jumlah yang mereka inginkan gara-gara personal shopper sudah membeli banyak.

Artikel berkaitan: Ditawar Jadi ‘Personal Shopper’, Individu Cerita Pengalaman Dijerat Jadi ‘Scammer’ Rakyat Malaysia

Artikel berkaitan: Dapat Cromboloni Tak Sama Dengan Iklan, Jawapan ‘Seller’ Ni Buat Pelanggan Geram

“Beratur 6 jam dari pukul 8.40 sampai 2.40 ptg. As claimed customer boleh beli unlimited pcs. Tapi disebabkan PS datang awal, diaorang yang dapat sapu dulu and end up customer yang beratur lama dapat beli limited 2pcs per flavor je” tulisnya.

Difahamkan, restoran terbabit menganjurkan acara khas untuk peminat cromboloni membuat pembelian tanpa had pada hari tersebut.

Namun, berlaku sedikit kekecohan apabila personal shopper membeli banyak manisan itu sehinggakan permintaan melebihi had jualan sehingga pelanggan yang lain terpaksa dihadkan pembelian walaupun sudah beratur lama.

Dalam video itu, wakil restoran menerangkan bahawa personal shopper sudah menempah dari awal secara dalam talian selain mendakwa mereka tidak mempunyai cukup pekerja untuk menampung permintaan pelanggan di situ.

Bagaimanapun, penjelasan yang diberikan tidak cukup untuk membuatkan pelanggan di luar restoran berpuas hati.

Menurut Irsyad, dia tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan restoran terbabit tetapi mahu pihak restoran peka dengan isu tersebut pada masa akan datang.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.