Ketika di usia 15 tahun, seorang pelajar semestinya menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan banyak meluangkan masa dengan hal berkaitan sekolah.
Walau bagaimanapun, tidak semua yang berpeluang untuk menumpukan perhatian di sekolah kerana mempunyai dugaan hidup yang berbeza seperti seorang remaja ini.
Artikel berkaitan: Anak Allahyarham Salahuddin Dedah Pernah Hidup Susah, Dorong Bapa Kerja Keras Bantu Rakyat
Artikel berkaitan: “Berbuka 5 ketul lekor” – Suami Biar Isteri Berlapar, Alasan Sebab Nak Ajar Hidup Susah
Jaga ibu terlantar sakit, ayah kena stroke
Menerusi perkongsian aktivis masyarakat, Natipah Abu, remaja bernama Aiman Ikhwan ini terpaksa mengorbankan waktu sekolahnya untuk menjaga tiga orang ahli keluarga iaitu ayah, ibu dan abangnya yang berusia 20 tahun.
Ayah Aiman difahamkan mengalami strok sejak tujuh tahun lalu yang menyebabkan remaja ini terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Manakala ibunya pula, terlantar sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam kepala sejak tiga minggu lepas. Selepas dari pembedahan itu, ibunya difahamkan tidak boleh bergerak, bercakap dan penglihatannya juga kabur.
Disebabkan situasi ini, Aiman terpaksa mengambil cuti dari sekolah kerana perlu menjaga ibunya untuk menukar lampin, memandikan dan sebagainya.
Perkara ini terpaksa dilakukannya sendirian kerana abang sulung yang berusia 20 tahun seorang orang kurang upaya (OKU).
Abangnya pada asalnya dilahirkan sempurna tetapi pada usia enam bulan, dia terkena jangkitan kuman dan sawan sehingga menyebabkan dia menjadi OKU dengan tahap pemikiran menyerupai adik bongsu mereka yang berusia 9 tahun.
Allahu. Berat betul ujian awak dik. Kalau abang dekat tempat awak pun mungkin abang tak sekuat kamu dik.
Semoga dimudahkan semua urusan awak dik. Abang doakan yang terbaik untuk kamu?
? : netyfaa pic.twitter.com/9RD8o1BZJj
— Cikgu_Anep (@Cikgu_Anep) January 11, 2024
Natipah juga memaklumkan yang keluarga ini ada menerima bantuan PERKESO si bapa sebanyak RM700 dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberi secara bulanan sebanyak RM450.
Mereka kini mengharapkan bantuan orang ramai dari segi kewangan untuk meringankan beban yang ditanggung Aiman dalam menyara keluarganya dan menampung ubat-ubatan buat ibu dan ayahnya.
“Semoga Allah permudahkan urusan adik ini”
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen netizen yang bersimpati dengan nasib adik tersebut dan berharap semoga semuanya dipermudahkan urusan.

Bagi mereka yang ingin menderma, boleh ke laman Facebook Natipah Abu untuk maklumat lanjut. Semoga terus kuat dik!
