Mungkin korang ada pengalaman yang mana ada pengumpul besi buruk datang ke rumah bertujuan untuk membeli besi buruk yang sudah tidak digunakan lagi.
Kadang-kadang ada bagusnya juga bila diorang ni datang, jadi tak perlu lah kita bersusah payah nak buang besi buruk tu semua ke pusat pelupusan.
Tapi, baru-baru ni, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya hampir ditipu oleh pengumpul besi buruk.
https://www.facebook.com/snqtechnology/posts/2508094486100856
Kisah lelaki ini bermula apabila ada pengumpul besi buruk datang ke bengkelnya bagi membeli besi-besi buruk yang sudah tidak digunakan lagi.
Macam biasalah, mesti kita tidak akan mengesyaki apa-apa kan?
Menurut lelaki ini juga, mereka yang datang ke bengkelnya itu berasal dari Rohingnya.
Namun begitu setelah selesai menimbang dan memindahkan besi buruk ke dalam lori mereka, entah macam mana secara tiba-tiba lelaki ini teringin berdiri atas timbang tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati bahawa jarum timbang yang digunakan itu menunjukkan angka 35 kilogram sahaja. Sedangkan berat dia lebih daripada itu.
“Aku pon naiklah atas timbang saja, hah tuudia, 35kilo jee! Eh eh eh, mana lagi 40 kilo? Tuhan dah ampun ke?” Katanya
Bagi memastikan bahawa timbang tersebut bermasalah, dia meminta salah seorang dari mereka untuk naik ke atas timbang tersebut dan hasilnya juga lebih kurang sama.
Akhirnya selepas di soal siasat mereka akhirnya mengakui kesilapan dan menambah sebanyak 20 kilogram daripada jumlah asal timbang sebelumnya.
Ish, kalau nak cepat kaya sekalipun, jangan la menipu dalam perniagaan.