in

“Berat kena lebih 100kg”- Ada Servis Sewa Orang ‘Chubby’ Di Jepun!

Feature 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui negara Jepun sememangnya penuh dengan kreativiti dan inovasi. Kadang-kadang, kita rasa rekaan dorang tu macam pelik dan tak masuk akal, tapi bila kita fikir balik, ada logiknya kenapa dorang buat macam tu. Best betul duduk di negara maju ni kan, macam-macam ada. 


Sebuah syarikat di Jepun ini pula telah menyediakan perkhidmatan sewa orang chubby, lapor Oddity Central. Dikenali sebagai Debucari, perkhidmatan ini dimulakan oleh Encik Bliss. Dia dapat idea untuk buat servis ni sebab dia pernah menghadapi masalah untuk dapatkan model plus-sized untuk jenama pakaiannya.

Sewa 1

So, masalah berkenaan telah memberi inspirasi kepadanya untuk membuka syarikat agensi bakat khas untuk mereka yang chubby pada tahun 2017.

Servis ini mula menyewakan individu-individu chubby yang telah mendaftar di bawah agensinya untuk mana-mana pihak yang memerlukan perhidmatan itu bermula April lalu.

Mungkin korang tertanya-tanya, siapa je yang nak sewa?

Ha, difahamkan, servis ini sebenarnya sesuai untuk mereka yang nak hire model untuk baju atau jadi model iklan. Kalau saja nak sewa sebab nak berkawan pun boleh rasanya ni. 

Sewa 2

Bayarannya pula adalah sebanyak 2,000 yen per jam (lebih kurang RM74.91). Dan yang bestnya lagi, kesemua wang bayaran tersebut akan diberikan sepenuhnya kepada individu chubby yang disewa tadi.

Syarikat Debucari hanya akan mendapat komisen sahaja. Namun, mana-mana individu chubby yang nak join perkhidmatan ni perlu mempunyai berat badan 100 kilogram dan keatas.

Mereka juga tak boleh terasa hati dengan perkataan gemuk yang digunakan oleh syarikat tersebut.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Love is in the air” – Syarikat Penerbangan Taiwan Tawar Khidmat Cari Jodoh Di Awan Biru

Sewa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.