Korang mesti familiar dengan group MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL kat facebook yang jadi viral dan mencatat lebih sejuta ahli sejak ia ditubuhkan pada minggu lepas.
Ramai yang berkongsi masakan tak jadi mereka dalam group facebook tersebut.
Namun lain yang berlaku ke atas wanita ini selepas dia memuatnaik gambar pau hangus yang dimasaknya.
Dilaporkan ruangan komen telah ditutup, namun ramai yang mengecam wanita tersebut selepas dia memuatnaik posting pau hangus di group tersebut.
Ini antara komen-komen tersebut
Susulan daripada kecaman yang diterima, wanita tersebut bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Puteh, Ipoh.
“Ada 2 pemilik akaun nama J*** dan L** R*** telah menghina masakan saya. Mereka seolah-olah tidak puas hati dan komen yang bukan bukan tentang masakan saya. Siap ada gambar bab* dan sebagainya. Komen mereka seperti tidak puas hati dengan masakan saya.”
Ujarnya dia memuatnaik gambar tersebut hanya untuk berkongsi, bukannya untuk dihina.
Malah dia meminta mereka yang membuat komen menghina untuk memohon maaf secara terbuka.
Uisshh mungkin niat nak berkongsi, tapi lain jadi…