in

Berang Kematian Arwah Ibu Difitnah Golongan Antivaksin, Lelaki Minta KKM Ambil Tindakan

Collage 26

Kesedihan yang dirasai bila kehilangan ibu bapa memang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Namun, tambah menyedihkan bila kematian orang yang kita sayang ini digunakan pula oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan agenda mereka.

Ini apa yang berlaku kepada seorang pemuda yang dikenali sebagai Mohammad Faeez Harith apabila kematian ibunya digunakan oleh golongan antivaksin bagi menyebarkan berita palsu.

Menurut Faeez, golongan antivaksin telah menyebarkan berita palsu melalui Telegram mengatakan ibunya mula pakai kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin dan punca kematiannya tak diketahui.

273807658 2880205958937654 5539219873027632210 N

Untuk pengetahun si bahlul ini semua, punca kematian mama adalah daripada tindak balas dengan ubat pelali (anaesthesia) yang diberikan kepada Mama sebelum prosedur intubasi dan beberapa prosedur lain pada malam kematian Mama, yang akhirnya mengakibatkan kegagalan jantung.

Woi bodoh-bodoh semua, Mama aku tu sakit lutut sejak sebelum ada Covid lagi!
Ini gambar tahun 2018, dah memang aku tolak atas kerusi roda, masa ni vaksin pun belum ada.”

273999398 2880206018937648 8336059611183595093 N

Ekoran ini, Faeez telah meminta agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan segera.

Kami masih bersedih atas kematian Mama kami tetapi dengan tanpa hati perut puak-puak ini jadikan berita kematian mama untuk sebarkan dakyah mereka.”

Tegasnya lagi, dia akan membuat laporan polis mengenai perkara ini supaya tindakan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh diambil oleh pihak atasan.

Allahu, apalah masalah dorang ni, suka betul nak sebarkan benda tak betul untuk takut-takutkan orang.

Sumber:Facebook

 

Baca: Nak Sijil Vaksin Punya Pasal, Lelaki Antivaksin Kantoi Guna Tangan Palsu Ketika Suntikan

Screenshot 2022 02 17 172413