in

Bengang Tak Diberi Burger Percuma, Sekumpulan Pegawai Polis Tahan 19 Pekerja Restoran ‘Fast Food’

Ft Polisnakburger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak berpuas hati apabila permintaan mereka tidak dipedulikan, sekumpulan pegawai polis telah menahan 19 pekerja restoran fast food yang tidak bersalah.

Menurut laporan, mereka berang apabila tidak diberikan burger percuma oleh pekerja restoran tersebut dan bertindak menyalah guna kuasa dengan menangkap semua individu terbabit.


Kejadian itu berlaku di Lahore, Pakistan pada jam 8 malam, Sabtu lepas dan difahamkan kakitangan restoran berkenaan turut tidak dibenarkan menutup dapur atau menghentikan operasi sehingga pelanggan dilaporkan terpaksa menunggu untuk membuat pesanan.

Bege

Melalui Facebook, jurucakap restoran itu telah mengeluarkan kenyataan dan berkata kejadian tersebut bukanlah pertama kali berlaku.

Ini bukan kali pertama kejadian seperti ini terjadi di restoran kami.”

Selepas menolak permintaan memberi burger percuma yang sudah menjadi kebiasaan buat mereka, pegawai polis terbabit mengancam pengurus kami sebelum beredar.”

Keesokan harinya, mereka datang semula untuk mengganggu dan memberi tekanan kepada pasukan kami dengan alasan yang tidak berasas.”

Bukan itu sahaja, pada 11 Jun lepas beberapa pegawai polis dikatakan telah ke premis itu dan membawa pengurus restoran ke tahanan tanpa alasan yang kukuh.

Mereka turut mengosongkan seluruh premis kami, menahan semua kru dapur termasuk pengurus yang lain.”

Tahan

Insiden berkenaan hangat diperkatakan di media sosial dan telah mencetuskan kontroversi membuatkan pegawai polis wilayah Inam Ghani untuk menggantung kesemua pegawai terbabit susulan tindakan mereka itu.

Tiada siapa dibenarkan untuk mengatasi undang-undang. Kita juga tidak akan bertoleransi dengan ketidakadilan dan kesemua mereka akan dihukum.”

Burger punya pasal, sanggup salah guna kuasa….

Baca: Tak Puas Hati Kereta Masih Rosak Lepas Dibaiki, Mekanik Melecur Dibakar Pelanggan

Feature 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.