in

Bengang Sering Diejek Mandul Siap Suruh Isteri Cari Suami Lain, Lelaki Ditahan Polis Bunuh Jiran

Kes Bunuh Jiran Mandul

Benarlah kata pepatah, kerana pulut santan binasa. Kerana mulut badan binasa. 

Tular sebuah berita dari negara seberang, mengenai seorang lelaki ditahan polis selepas  dipercayai membunuh jirannya yang dikatakan sering mengejek pelaku sebagai lelaki yang mandul.

Menurut Detik, pelaku yang dikenali sebagai Sudadi Ahmad, 30, penduduk Kelurahan Kelapa Tujuh, Kecamatan Kotabumi Selatan, Kabupaten Lampung Utara telah membunuh seorang wanita bernama Sumini, 55, pada 23 Jun di rumah mangsa.

2703931

Artikel berkaitan: Dipanggil Mandul, Menantu ‘Cari Jalan’ Carikan Madu Untuk Mentua

Artikel berkaitan: “Kau cuit salah orang!” – Elizad Naik Angin Netizen Tuduh Dia Mandul, Buat Laporan Polis Kerana Tak Tahan Dikeji

Mangsa dipercayai dijerut oleh pelaku menggunakan wayar kira-kira jam 11 pagi (waktu tempatan).

“Perbuatan kejam itu dilakukan di rumah mangsa, hanya 50 meter dari rumah pelaku,” kata polis Lampung Utara.

Pelaku kemudian ditahan polis selepas ditemui bersembunyi di Desa Tanjungaman, Abung Selatan pada Isnin lepas.

Pelaku Yang Bunuh Nenek Di Lampung Utara Saat Diamankan Polisi 169

Menurut Sudadi, pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya kerana tidak mempunyai keturunan serta menghasutnya isterinya untuk mencari suami lain.

Sudadi kini berhadapan dengan undang-undang Indonesia di Bawah Pasal 365 ayat 3 KUHP atau Pasal KUHP yang boleh membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sumber: Sinar Harian, Detik