Baru-baru ini, Caprice telah mendedahkan mesej beberapa tangkap layar menunjukkan beberapa individu yang mendakwa telah menjadi mangsa PU Azman.
Caprice turut mengatakan dia berbuat demikian ekoran pendiriannya yang merasakan perbuatan sexual grooming dan pedofilia ini adalah jenayah yang berat.
Ekoran ini, PU Syed turut memuat naik ulasannya mengenai kes ini mengatakan bahawa dia telah didesak untuk mengulas isu yang sedang dibicarakan di mahkamah.
https://www.instagram.com/p/CjqDGLKv5T6/
Selain itu, pendakwah bebas ini turut menyentuh nama Caprice yang membuat siasatan sendiri dan meminta agar rapper tersebut urus aurat isteri sebelum jadi “tiger of al Quds”.
Untuk selingan, buat caprice urus aurat isteri dahulu… Baru layak jadi tiger of al Quds.”
Disebabkan ini, Caprice telah memberi tempoh 24 jam kepada PU Syed untuk membuat permohonan maaf.
Menurut Caprice, isu isterinya tidak menutup aurat tak ada kena mengena dengan kes jenayah melibatkan PU Azman yang sedang dibicarakan.
https://www.instagram.com/p/CjqX-C2h7CJ/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D
Tak cukup dengan itu, Caprice turut mengatakan bahawa dia akan bongkar rahsia PU Syed sekiranya beliau gagal membuat permohonan maaf dalam masa 24 jam.
Caprice turut menunjukkan tangkap layar mesej yang diberikan kepada PU Syed ini meminta agar penceramah tersebut memberi penjelasan tentang kaitan kes PU Azman dan isterinya.
Namun begitu, setakat artikel ini ditulis masih tiada permohonan maaf dari pihak PU Syed kepada Caprice dan posting asal mengenai perkara tersebut juga masih ada di ruangan Instagram peribadinya.
Sumber: Instagram
Baca: “Vc dgn ustaz jap” – Lepas Kecoh Kes PU Azman, Caprice Kongsi ‘Story’ Dari Mangsa?