in

“Benda ni silap pada aku sendiri” – [VIDEO] Pemuda Tuduh Rider Curi Air Minta Maaf Secara Terbuka

Sb4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Ezrin Nazan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan dengan kecaman dan tuduhan yang dibuat kepada penghantar makanan hingga viral di media sosial hujung minggu lalu.


Akui silapnya, Ezrin membuat permohonan maaf menerusi YouTube miliknya dan bersikap terbuka dengan menerima segala kritikan netizen untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.

 

Kepada rider yang terkesan aku nak minta maaf banyak-banyak.”

Katanya pihak Grab telah menghubunginya dan menjelaskan bahawa silap itu datang daripada kedai minuman tersebut, bukan daripada pihak penghantar.

“Kat sini aku dapat info pihak cawangan dekat Starbucks tu sendiri yang salah, dia terlepas pandang order tu, dia bagi kat rider 2 je, so rider tak salah.”

Dia juga berharap agar pihak Grab tidak membuat sebarang tindakan kepada penghantar yang bertanggungjawab.

Disebabkan itu, Ezrin juga ada memohon maaf kepada penghantar yang terkesan dengan kata-katanya sebelum ini.

“Dan kepada rider yang terkesan aku nak minta maaf banyak-banyak dan aku nak jelaskan benda ni memang silap pada aku sendiri kerana aku tweet yang macam tu, tweet yang sangat provok.”

Berkenaan dengan kecaman yang diterima, Ezrin anggap ia adalah satu pendapat dan teguran buatnya.

“Mana yang tengah attack aku di media sosial, terima kasih banyak-banyak dan aku memerlukan feedback korang, bukan dahagakan perhatian tetapi aku nak pendapat koranglah.”

Dalam video berdurasi 12 minit 35 saat ini, Ezrin juga ada membaca komen-komen netizen yang memberikan pendapat pada isu tersebut.

Boleh tonton disini.

 

Digantung kerja

Susulan dengan penularan isu tingkah laku oleh staf kontrak di syarikatnya, pihak majikan Ezrin juga dikatakan telah mengambil tindakan serta merta, dengan menggantung kerja Ezrin sementara siasatan dilakukan.

Kenyataan rasmi itu dibuat sendiri oleh pihak majikan menerusi Twitter.

Untuk rekod, viral di media sosial hujung minggu lalu berkenaan dengan kenyataan Ezrin yang menuduh Grab Rider mencuri air yang ditempahnya.

Dia yang tempah 3 minuman hanya dapat 2 sahaja, pihak Grab tampil berikan keterangan bahawa ianya bukan salah daripada pihak mereka.

 

Baca : “Setiap order akan di-seal” – Tuduh Rider Curi Air Starbucks Sebab Tak Cukup, Ikuti Penjelasan Dari Grab

Sb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.