in

Bencana Kebakaran Di Hawaii Korbankan Lebih 100 Nyawa, Ini Apa Yang Berlaku…

collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebakaran hutan yang berlaku tanpa amaran di Maui, Hawaii telah menyebabkan ribuan penduduk di sana terpaksa dipindahkan, menghancurkan beberapa bahagian bandar serta meragut nyawa sebanyak 106 orang setakat ini.

Api yang merebak pantas disebabkan oleh angin taufan ini telah bergerak terlalu pantas sehinggakan ada penduduk terpaksa terjun ke dalam laut bagi mengelak dari terbakar. Kebakaran di sana masih cuba untuk dipadam dan telah pun memusnahkan beberapa kawasan di sana termasuk bandar bersejarah Lahaina.


Kami telah mengalami bencana terburuk yang pernah dilihat. Lahainan telah terbakar sehingga tinggal abu. Ia seperti kiamat.” – Penduduk Lahaina

Bagaimana bencana kebakaran ini bermula?

230810 maui fires mb 0806 3a506a

Kebakaran ini mula berlaku di kawasan hutan sebelum merebak dengan pantas ke arah kawasan penduduk disebabkan oleh angin yang bertiup sekencang 60 batu sejam. Kebakaran ini kemudiannya telah merebak ke pesisiran pantai Lahaina dengan kelajuan yang membimbangkan sebelum membakar bangunan-bangunan kayu yang telah pun wujud sejak tahun 1700-an.

Penduduk di sana telah cuba melarikan diri ke jalan yang sesak dan turut dihalang dengan serpihan-serpihan api berterbangan. Malah semalam, Pengawal Pantai AS telah menyelamatkan seramai 14 orang termasuk dua kanak-kanak yang telah terjun ke dalam air ketika cuba untuk menyelamatkan diri.

Macam mana ia boleh berlaku?

Hawaii on Fire

Punca kebakaran ini masih belum ditentukan lagi tapi ia menjadi teruk kerana pulau tersebut sedang mengalami angin yang kuat dengan kelembapan yang rendah.

Pulau ini sedang mengalami musim kemarau apabila Taufan Dora yang berlaku beberapa ratus batu jauh telah membawa angin yang kuat. Angin taufan yang kuat ini telah memutuskan bekalan elektrik dan menyumbang kepada kepantasan kemarakan api pada kelajuan yang sangat ekstrem.

Kami tak tahu apa sebenarnya punca kebakaran ini, tapi kami telah diberikan amaran oleh Perkhidmatan Cuaca Negara bahawa musim kemarau ini telah menyebabkan pokok dan semua benda kering dan dicampur dengan kelembapan yang rendah dan angin yang kuat boleh menyebabkan kebakaran hutan.”

Untuk pengetahuan korang, majoriti kebakaran yang berlaku adalah disebabkan oleh manusia sendiri. Kebakaran buruk boleh berlaku disebabkan unggun api yang terbiar, pembakaran terbuka serta tidak membuang rokok dengan betul.

Selain itu, kilat dan letusan gunung berapi juga boleh menyebabkan kebakaran hutan ini. Biasanya, kilat akan menyambar pokok sehingga menyebabkan kebakaran tapi angin yang kuat juga boleh menyebabkan pencawang elektrik menghasilkan api apabila ada daun kering atau pokok kering berhampiran.

Kebakaran boleh berlaku sejauh lebih sebatu dari rumah tapi dalam masa seminit dua, ia boleh merebak ke rumah.”

Siren kecemasan tak berbunyi

500.jpg

Seperti yang diberitahu tadi, kebakaran ini telah meragut nyawa lebih dari 100 orang dan antara puncanya adalah disebabkan siren kecemasan yang gagal berbunyi menyebabkan penduduk di sana tak sedar dengan bencana yang melanda.

Semua orang yang tinggal di Hawaii tahu tentang siren kecemasan ini. Ia berbunyi sebulan sekali pada pukul 12, jika ia tak berbunyi, ia perlu dibaiki kerana ia merupakan pertahanan paling awal.

“Namun begitu, siren tersebut tidak berbunyi ketika kebakaran ini berlaku.” – Ahli Kongres, Jill Tokuda

Gabenor Hawaii, Josh Green mengatakan, lebih daripada 2,700 struktur di Lahaina telah musnah akibat kebakaran paling buruk pernah berlaku selama sedekad di Amerika Syarikat ini dan angka kematian juga dijangka akan terus meningkat.

Kerosakan yang dialami ini dianggarkan bernilai US$5.5 bilion dan beribu-ribu penduduk telah kehilangan tempat tinggal.

Adui kesiannya…

Sumber: The Guardian, CBS

 

Baca: Gunung Berapi Terbesar Dunia Mauna Lao Meletus Selepas 38 Tahun

unnamed file 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.