Apa-apa benda pun, kalau diambil secara berlebihan mesti akan memudaratkan lebih-lebih lagi benda yang memang diketahui tak sihat.
Baru-baru ini, video yang dikongsikan oleh seorang gadis tular di TikTok menunjukkan perjalanannya selepas mendapat tahu dia menghidap kanser ovari tahap 2.
https://www.tiktok.com/@hawazn_/video/7028409805853265178?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menerusi temubual bersama mStar, gadis ini memberitahu yang dia mula tahu tentang penyakitnya bila dia sering demam berpanjangan.
Mula-mula saya alami demam on-off selama sebulan pada Jun lalu. Saya pergi buat swab test dua kali hasinya negatif Covid-19.
Nak dijadikan cerita saya memang ada gastrik sejak dulu. Saya buat pemeriksaan ketika baring, perut rasa tegang dan keras.
Doktor kata saya mungkin mengandung. Kebetulan perun pun sedikit buncit tapi saya fikir sebab badan berisi. Terkejut juga bila dia kata macam tu dan saya jelaskan saya belum berkahwin.”
Selepas dapat tahu gadis ini belum kahwin, doktor rujuk dia ke hospital dan pada hari yang sama juga Hawa pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Doktor jalankan pelbagai prosedur untuk kenal pasti penyakit saya. Haritu juga dapat tahu ia kemungkinan kanser. Masa doktor beritahu saya rasa takut sebab rasa sihat je.
Menangis juga. Dalam family tiada sejarah sakit kanser namun saya anggap ia ujian.”
Gadis berusia 22 tahun ini telah pun menjalani pembedahan buang ketumbuhan di perut dan dirawat di hospital hampir tiga minggu.
Apa yang saya boleh kongsikan, kurangkan makan fast food dan junk food. Kalau rasa ada perubahan tak normal cepat-cepat pergi jumpa doktor.
Untuk kes saya, saya rasa agak lambat juga bertindak sebab perut dah membesar macam orang lima bulan mengandung. Ingat buncit biasa, lagipun tak rasa sakit.”
Hawa turut mengatakan dia bimbang jika tumor tumbuh semula namun setakat ini dia rasa sihat dan perlu jalani rawatan kemoterapi yang masih berbaki dua pusingan.
Min doakan Hawa cepat sembuh seperti sediakala…
Baca: “Berat ujian Allah” – Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Gara-gara Suka Makan Pedas?