in

Bella Astillah Hadir Mahkamah Untuk Sebutan Cerai, Tak Letak Syarat Kalau Aliff Aziz Nak Jumpa Anak

Ft Bella Astilla Fail Cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasa tanda tanya terhadap keadaan diri Bella Astillah selepas tularnya isu melibatkan suaminya dan seorang pelakon wanita baru-baru ini terjawab selepas isteri kepada Aliff Aziz itu dilihat hadir ke mahkamah hari ini.

Menurut sumber, Bella ditemani oleh ibunya, Zarina dan adiknya, Didi Astillah ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan kes perceraian yang telah dibuatnya pada Isnin, 11 Mac 2024 lepas.


Artikel berkaitan : “Itu bentuk pengkhianatan yang zalim” – Kakak Ruhainies Nak Saman Penyebar Fitnah, Ini Respon Ellie Suriaty

Artikel berkaitan : Dakwa Panggil ‘Baby’ &  Mesra Di Lokasi Penggambaran, Kru Dedah Hubungan Aliff Aziz & Ruhainies

@melodiberapi

Pelakon Bella Astillah ditemani ibu Zarina dan adiknya Didi Astillah hadir Ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian yang telah dibuatnya pada isnin 11 March 2024. #meloditv3

♬ Jeritan Hati – Cut Zuhra

Ketika ditemubual oleh pihak media, Bella yang kelihatan sayu tidak dapat menahan sebak apabila kongsikan perihal anak mereka.

“Bella cakap dengan Aliff, awak sentiasa boleh jumpa anak-anak, saya takkan tetapkan apa-apa syarat untuk berjumpa dengan anak-anak.”

@melodiberapi

Sebak, semoga Bella Astillah kuat!!! Ramai yang mendoakan beliau 🤲😢😢😢 #meloditv3 #bellaastillah #fypシ゚viral🖤tiktok #panas #alifaziz #cerai #ruhainies

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Untuk rekod, Aliff pernah terpalit dengan kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah Nasir. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff sehingga kejadian curang berlaku lagi membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari pada tahun sama.

Pada 16 May 2019, Bella Astillah dan Aliff Aziz sah bercerai apabila didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.

Namun pada April 2020, Bella membuat pengakuan bahawa dia sudah kembali rujuk semula dengan Aliff Aziz ketika dalam edah.

Sumber : TikTok, Harian Metro, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.