Mayat Ketua Menteri Kewangan di negeri Hesse, Jerman ditemui berhampiran landasan kereta api semalam, lapor Sinar Harian. Pejabat Pendakwaan Wiesbaden dalam satu kenyataan percaya ia tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.
Menurut Today Online, Thomas Schaefer, 54, dikatakan terlalu bimbang memikirkan cara untuk menangani krisis ekonomi disebabkan impak daripada Covid-19.
Hesse terletak di Frankfurt yang juga ibu kota Jerman, di mana ibu pejabat institusi kewangan utama seperti Bank Deutsche and Commerzbank beroperasi. Bank Pusat Eropah juga terletak di Frankfurt.
Ketua Menteri Hesse, Volker Bouffier berkata Schaefer telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai ketua kewangan di negeri itu dan bekerja ‘siang dan malam’ untuk membantu syarikat serta pekerja yang terkesan dengan pandemik ini.
Kami sangat terkejut dan tidak percaya dengan berita ini. Ia sangat menyedihkan.”
Kami andaikan beliau mungkin terlalu khuatir. Kami mengharapkan untuk mempunyai individu sepertinya ketika berdepan waktu sukar seperti ini.”
Terdahulu, Schaefer telah disebut-sebut akan menjadi pengganti kepada Bouffier. Mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.