Ahli perniagaan popular negara India dan juga bekas suami pelakon Bollywood Karisma Kapoor iaitu Sunjay Kapur dilaporkan telah meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika dia sedang bermain polo di Windsor, England baru-baru ini.
Kematian Sunjay Kapur, 53 tahun itu yang juga merupakan pengarah dan pengerusi syarikat automotif Sona Comstar itu menjadi perhatian ramai kerana dia dipercayai telah tertelan lebah ketika bermain polo.
Menurut laporan New Straits Times, dia dipercayai tertelan lebah ketika bermain polo dan serangga itu yang berada di dalam mulutnya telah menyebabkan sejenis reaksi alergik terhadap badan bekas suami Karisma Kapoor itu.
Artikel berkaitan: 6 Filem Bollywood Terbaik Sepanjang Zaman, Gerenti Ada Yang Korang Tak Tengok Lagi!
Artikel berkaitan : Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditik*m 6 Kali Oleh Penceroboh Di Rumah
Serangan jantung itu dipercayai berlaku disebabkan oleh reaksi alergik akibat lebah tadi.
Serangga berkenaan dipercayai telah memasuki rongga mulutnya ketika dia sedang bermain polo.
Untuk pengetahuan semua, Karisma Kapoor dan Sunjay Kapur telah bercerai pada 2016 dan mereka mempunyai dua orang anak.
Sumber: New Straits Times