Pernah tak korang beli beras, lepastu perasan ada kutu beras kutu beras kat dalam tu? Padahal baru je beli! Ataupun, korang beras yang korang simpan dalam bekas yang ditutup rapat, tapi bila buka ada kutu beras tu, mesti pelik kan?
Sebenarnya ia bukalah salah kedai yang menjual atau tempat simpanan korang tu bermasalah, kutu beras atau bubuk ini memang datang daripada beras tu sendiri. Nak tahu macam mana boleh ada dan cara nak basmi? Ikuti perkongsian daripada Naim AJ ini.
Kutu Beras/Bubuk/Rice Weevil
Menurut Naim yang membuat servis pengawalan serangga ini, kutu beras atau Rice Weevil ini merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan untuk serangga ini adalah adalah biji benih gandum, tepung dan beras.
Tapi macam mana dia boleh ada dalam beras, padahal masa beli atau masa nak tukar dalam bekas bersih je? Untuk pengetahuan, Naim menjelaskan bahawa, serangga ini akan bertelur dalam beras sendiri dan butiran beras itu dijadikan tempat serangga ini menyimpan telurnya. Kutu beras ini akan menebuk isi beras itu sehingga kosong,
Selepas tempoh matang, serangga ini akan terus keluar dari beras tersebut dan hidup dengan cara memakan beras yang lain dan dalam masa yang sama mereka akan membiakkan lagi telur kedalam beras yang lain. Sebab tu la kalau dibiarkan lama beras jadi hancur kan?
Kesan pada beras & cara nak halau
Selain daripada cepat hancur nasi yang dimasak itu akan jadi cepat basi kerana ianya sudah terjejas. Jadi sebelum masa mesti lah kita kena keluarkan, tapi nak belek satu-satu mesti susah sebab banyak dan takkan nak geledah satu-satu?
Pernah nampak orang jemur beras? Ya, itulah caranya, tujuan mereka yang menjemur tu adalah untuk halau kutu beras itu, ini kerana serangga ini sangat sensitif dengan suhu.
Jadi, menjemur bawah tengah panas adalah cara paling mudah, jemur dalam masa 15-20 minit dan kutu itu keluar sendiri dari beras. Pastikan beras it tebar atas talam, ia bertujuan bagi memudahkan serangga itu lari.
Cara nak elak
Jadi, kalau kita dah beli beras baru, adalah lebih baik untuk kita elak daripada serangga ini terus membiak kedalam sumber makanan utama kita ini. Berdasarkan perkongsian Naim, begini caranya :
1. Letak daun Bay Leaves (Daun Salam) – Daun salam boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yang dihasilkan.
2. Lada hitam – Biji lada hitam bertoksik tinggi pada serangga ini. Tabur je sikit dalam bekas beras tu.
3. Vacuum Pack – Simpan beras dalam vacuum pack boleh mengelakkn dari telur kutu beras menetas.
4. Simpan beras dalam freezer – Ini jarang la orang buat, tapi masih berkesan sebab kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk. Jadi dia tak boleh nak hidup lah.
Oh begitu, ini satu info baru, jadi senanglah kita nak buat nanti supaya beras kita terhindar daripada tercemar. Sayang lah kalau beli beras mahal-mahal tapi tiba-tiba rosak. Mungkin boleh dijadikan info buat mereka yang ada beras tapi jarang masak.
Baca : “Boleh cuba” – [VIDEO] Wanita ‘Share’ Tips Halau Kutu Beras Guna Bawang Putih