in

“Beauty with brain” – Raih Silver Prize Dalam Physics Lecture Competition, Netizen ‘Salute’ Kecekalan Ibu Tunggal Ini

Feature Image 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya buat wanita yang bekerjaya atau pun yang sedang belajar. Namun, di sebalik kepayahan yang dilalui, sudah tentunya akan ada sinar yang akan menyinari kehidupan bersama anak-anak.

Seperti yang diceritakan oleh pengguna Twitter, Aqwa Azman yang menceritakan kejayaan adiknya yang telah berjaya meraih Silver prize dalam Physics Lecture Competition yang telah diadakan oleh Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya baru-baru ini. Hebatnya! 


https://twitter.com/aqwazman/status/1232605188864659457

 

Lebih inspiring lagi, adiknya, Atilia Azman juga merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki.

1 32

Dalam masa yang sama, dia juga struggle untuk menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya. Fuh, memang terbaik lah.

Yang paling membanggakan lagi, dalam pertandingan tersebut, hanya ada dua peserta sahaja yang berada di peringkat ijazah sarjana muda manakala peserta-peserta yang lain pula merupakan pelajar PhD.

 

1 3

Jadi, Atilia merupakan antara dua pelajar hebat tersebut.

Selain itu, menurut Aqwa lagi, Atilia juga bekerja separuh masa sebab dia perlu menyara hidup anak tunggalnya dan mahu menampung perbelanjaannya sepanjang belajar. Memang admin tabik lah kat wanita ni! 

Rata-rata netizen di Twitter mengatakan yang mereka juga turut tumpang bangga dengan kejayaan Atilia walaupun tidak pernah mengenalinya.

2 15

 

 

So, korang kena ingat, kesusahan tak akan halang kejayaan tau. 

Baca: “Mak babi lagi mulia dari mak moden’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Individu Kutuk Ibu Bekerjaya 

Ibu Tunggal

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.