• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Hiburan

Bayi Yang Dinanti-nantikan Ramai Orang! Ini 7 Perkara Tentang Baby Tokti Yang Korang Kena Tahu

by Syaida Ismail March 20, 2018, 6:41 pm

ShareTweet
Siti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan tipulah kalau korang cakap korang langsung tak excited bila dengar Dato’ Seri Siti Nurhaliza dah lahirkan baby perempuan semalam! Haa peminat ke, tak peminat ke, semua orang memang happy giler bila dapat tahu princess si comel pipi merah ni dah selamat dilahirkan.

Walaupun Tokti tak kongsi nama sebenar baby dia dan gambar official si pipi merah, kita orang sebagai peminat ni nak terus keep updated tentang baby paling popular kat Malaysia sekarang. So ini kami kongsikan tujuh perkara tentang baby Tokti yang korang kena tahu setakat ni.


 

1. Siti lahirkan baby secara pembedahan

Tepat jam 8.17 pagi, hari Isnin yang jugak 1 Rejab, Tokti dah melahirkan seorang princess yang saaaangat comel, secomel lagu ‘Tang Ting Tang Ting’ yang dinyanyikan penyanyi ni beberapa bulan sebelum dia lahirkan baby sulung dia tu. Tokti seperti korang semua tahu dah lalui proses IVF untuk dapatkan baby. Jadi doktor dah sarankan isteri kepada Dato’ K ni untuk bersalin melalui proses pembedahan.

Baby seberat 3.55 kg ni alhamdulillah sihat dan Dato’ K jugak ada bagitahu yang sebaik dilahirkan, anaknya tu dah pandai menyusu dan proses tu pun jadi dengan mudah sekali. Tak ada masalah langsung untuk Siti dan baby. Wah happynyaaa dengar Siti dah bonding dengan baby! 

https://www.instagram.com/p/BggdNxXlXaz/?taken-by=beritaharian

 

2. Nama baby masih dirahsiakan tapi ada nama timangan

Sebelum Tokti lahirkan baby, dia ada cakap yang memang dia nak rahsiakan nama anak dia dalam tempoh lebih kurang seminggu macam tu. Dia dan suami jugak cadang nak umumkan dalam satu majlis yang akan diadakan tak lama lagi. Tapi… disebabkan semua orang tak tahu nak panggil apa kat baby ni, Dato’ K ada bagi nama timang-timangan untuk anak dia.

Panggil je Fatimah Az Zahra, kata Dato’ K. Haa nama anak nabi tu! Sedap pun sedap kan nama dia? Tak payah pening-pening kepala korang nak bertanya 10 kali apa nama anak Tokti.

29389222 445361082549622 5213771840450756024 n
Sumber: Facebook

 

3. Anak Dato’ K teruja dapat adik baru!

Sebelum Tokti kahwin dengan Dato’ K, suami kepada penyanyi terkenal ni memang dah ada empat orang anak. Anak-anak Dato’ K ni semua hero tau. Tak ada pun anak perempuan. So bila Tokti lahirkan anak perempuan, semua anak Dato’ K lain excited sangat dengan adik perempuan dorang. Yelah kan, dorang dah kahwin dan besar-besar pun. Tetiba eh, ada adik lagi! Haaa rare tuh! 

Anak ketiga Dato’ K, Asyraf Khalid ada komen semalam yang dia suka sangat tengok muka adik perempuan dia yang comel tu. Sepadan kata dia macam dalam lagu Comel Pipi Merah. Boleh jadi kawan dengan anak si Pipi Pau, Arif Jiwa. Haa Arif jangan buli aunty princess eh!

asyraf
Sumber: Instagram

 

4. Terima pelbagai ucapan dari peminat satu Malaysia termasuk Tun M

Bukan peminat jee seronok macam nak gila bila dapat tau Tokti dah bersalin, rakan artis dengan pemimpin negara pun berlumba-lumba nak ucap tahniah kat Malaysian Sweetheart kita ni tau. Jam agaknya phone Tokti dapat ucapan dari ramai orang. Tu belum pengurus Tokti, Kak Rozi. Mesti 24 jam jawab calls daripada media dengan peminat je kan?? Cian kat Rozi. Hiks!

Antara artis yang dah wish tahniah kat Tokti seperti Neelofa, Faizal Tahir, Alyah, Sharifah Amani, Nora Danish, Lisa Surihani, Micheal Ang dan lain-lain. Ni termasuklah pemimpin politik macam Nurul Izzah dan Tun Mahathir yang sampai buat video wish selamat kat Tokti. Wow!

29387030 1906740079345889 2433375100926427136 n
Sumber: Facebook

https://www.instagram.com/p/BgfYBnohivM/?taken-by=chedetofficial

 

5. Media seberang kecoh dengan berita kelahiran baby Tokti

Eh bukan negara kita je yang kecoh tentang kelahiran baby Siti ni tau. Haa negara seberang macam Indonesia, Singapura dengan Brunei pun berlumba-lumba nak cover news pasal baby Tokti ni. Dato’ Siti Nurhaliza ni penyanyi kesayangan semua. Dulu kalau kat Anugerah Planet Muzik tu, Tokti boleh dikatakan hampir setiap tahun rangkul anugerah Artis Wanita Terbaik. So tak hairan lah kalau peminat di negara lain pun tertanya-tanya pasal baby Tokti ni kan??

2
Sumber: Detik Hot

 

6. Lagu ‘Tang ting tang ting’ jadi siulan ramai

Beberapa minggu sebelum Tokti kesayangan kita lahirkan baby, lagu ni dah jadi siulan ramai. Siap ada yang buat parodi lagi weh sebab teruja sangat nak tunggu Siti Nurhaliza bersalin. Papepun lagu Comel Pipi Merah atau lebih senang dipanggil Tang Ting Tang Ting ni memang bestlah didengar bila bosan-bosan. Kalau korang ada anak kecik, bolehlah bagi dorang dengar lagu ni. Ganti lagu Baby Shark Doo Doo tu. Kelas tau budak sekarang dengar jingle lagu Siti! 

https://www.instagram.com/p/BgfbZ6CBisw/?taken-by=ctdk

 

7. Peminat marah gambar baby tersebar

Sejak berita Tokti bersalin ni meletop kat media sosial, macam-macam dah berlaku. Ni termasuklah gambar Fatimah Az Zahra yang tak sepatutnya viral dah tersebar kat Facebook and grup WhatsApp disebabkan ada yang gatal tangan pegi bocorkan. Haih korang ni. Sian Tokti dan Dato’ K tak dapat nak buat surprise dah tau! 

Itu belum lagi kes dorang yang suka sangat buat Facebook fake dan berlakon acah-acah jadi Tokti. Adoi korang ni dah kenapa? Sekali baca tulisan dorang ni, dah tau dah bukan Tokti. Tolonglah unfollow dan report Facebook macam ni. Tokti ada official account Facebook dia tau. Follow kat sini. Lagi senang kalau korang follow je Instagram @ctdk.

29425883 10211017263698533 5345051151643443200 n
Sumber: Facebook

Disebabkan perkara macam ni jadi, peminat Tokti, Sitizoners agak terkilan dan marahlah dengan apa yang berlaku. Papepun benda dah nak jadi kan? Kita doakanlah yang baik-baik buat Tokti dan baby serta janganlah share-share lagi gambar tu. Hormat privacy keluarga penyanyi kesayangan negara ni.

Anyway welcome to the world princess Fatimah Az Zahra! You’ll be loved by everyone! 

Baca: 7 Anak Pasangan Selebriti Yang Comel dan Terkenal di Instagram

anak retis

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • prn sabah

    Calon PKS DUN Kiulu Pengsan Ketika Penamaan Calon PRN Sabah

  • Guru Silat

    Guru Silat Mengaku Tidak Bersalah Nodai 2 Anak Didik

  • Ariana Grande

    Gara-gara Serbu Dan Peluk Ariana Grande, Peminat Berdepan Tuduhan Di Mahkamah Singapura

  • Jepun

    Desak Tinggalkan Negara, Guru Warga Malaysia Terima Ugutan Perkauman Di Jepun

  • Abu Bakar Ellah

    Penyanyi Veteran, Abu Bakar Ellah Bertanding PRN Sabah

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • THUMBS KOMANDO 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • FT IMAGE LM

    Skechers Memperkasa Koleksi Larian dengan ‘Hands Free Slip-ins’ Yang Serba Baharu : Max Run

  • FT IMAGE LM 19

    Bask Bear Coffee & Toasties Memberikan “Tawaran” Untuk Semua Sempena VM2026

  • image2

    TikTok Shop Tingkatkan Perlindungan Harta Intelek untuk PMKS Menjelang 11.11, Pertumbuhan 200% Tahun ke Tahun bagi Jenama di TikTok Mall

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • atu zero orang sabah roti gardenia

    “Hati saya terguris” – Atu Zero Kesal Kenyataan YB Berkenaan Roti Gardenia & Orang Sabah

  • syaz ft 2025 11 14T114802.188

    “Macam tu je dia peluk” – Aisha Retno Jumpa Ariana Grande & Cynthia Erivo, Siap Nyanyi Bersama!

  • syaz ft 2025 11 14T103829.187

    “Dia pun tak single tau” – Bella Astillah Buka Mulut Susulan Dakwaan BASS Ada Orang Ketiga

  • banglo rebecca berjaya dilelong

    Didakwa Gagal Bayar Pinjaman Punca Banglo RM2.9 Juta Rebecca Nur Al Islam Dilelong

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2025 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube