in

“Bayar seikhlas hati” – Warga Emas Jual Belon Di Stesen Minyak Sampai Lewat Malam, Gigih Cari Duit Nak Tampung Hidup

FT BELON FINAL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kini, rata-rata masyarakat tak kira golongan tua atau muda masing-masing sibuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan demi menambah sumber pendapatan gara-gara masalah ekonomi yang berpunca daripada pandemik Covid-19 ini.

Walaupun kadang kala untung yang diperolehi itu tidak memadai dengan kudrat dan penat lelah yang dilakukan, namun ia sudah tentu akan mendatangkan nikmat kesyukuran terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan.


 

Warga emas jual belon di stesen minyak

Seperti satu posting yang dimuat naik oleh seorang gadis yang bernama Shafinaz Suhaimi di laman Twitternya baru-baru ini, dia telah berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki warga emas sedang menjual belon di sebuah stesen minyak.

Menerusi caption yang dimuat naik oleh gadis ini, dia secara kebetulan ternampak lelaki warga emas ini sedang menjual belon pada lewat malam ketika dia singgah untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas area Tampoi, Johor.

 

FEAT BELON 1

 

Kasihan tiada pelanggan, tolong belikan

Disebabkan berasa kasihan gara-gara tiada pelanggan yang berhenti untuk membeli belon-belon yang dijual oleh Pakcik itu, gadis berkenaan telah membuat keputusan untuk membeli belon tersebut bagi membantu berkongsi rezeki dengannya.

TWIT 2

TWIT 3

 

Bayar seikhlas hati

Ketika ditanya berapa harga belon yang perlu dibayarnya, Pakcik itu mengejutkannya kerana dia tidak menetapkan harga untuk sebiji belon yang dijual sebaliknya menyatakan bayarlah dengan seikhlas hati sahaja.

FEAT BELON 2

Semoga murah rezeki pakcik. 

Gadis itu yang berasa terharu dengan keikhlasan warga emas itu telah memuat naik posting ini di media sosial semalam untuk ‘menyeru’ netizen dan orang ramai supaya bersama-sama membantu membeli belon yang dijual oleh Pakcik tersebut.

Dia juga turut berkongsi lokasi Pakcik tersebut berjualan bagi memudahkan orang ramai untuk membeli belon yang dijualnya di samping menghulurkan bantuan atau sumbangan yang lain.

Petronas KM11 Jalan Skudai, Johor Bahru.

TWIT 4

Selagi kudrat empat kerat masih kuat, gigih lagi pakcik ni mencari rezeki halal. 

Baca: “Ramai lagi yg susah kat luar sana” – Netizen Sebak Baca Tentang Kisah Lelaki OKU Berniaga Kecilan, Ayah Pula Baru Disahkan Kanser 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.