in

“Bawah punggung tu ayat suci”

Page Dsv 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan Datuk Seri Vida memang seringkali menjadi bualan ramai tak kira berkaitan benda yang baik mahupun yang tidak.

Semua pun dah sedia maklum, DSV sebelum ini pernah mempunyai titik hitam dalam hidupnya apabila dua anak lelakinya meninggal dalam kebakaran lima tahun yang lalu.


Dsv2
sumber: instagram

Pada hari pertama Syawal, Datuk Vida telah pergi melawat pusara arwah anak-anaknya dan memuat naik gambar tersebut di Instagram diikuti kapsyen yang sedih kerana kehilangan dua orang anak pada satu masa.

Dsv
sumber: instagram

“Hapuslah air mata. Duka lara kehilangan dua putera tersayang. Bersemadi di alam barzakh. Siapa mampu hadap… dua sekali pergi?”

Rata-rata netizen menyampaikan simpati dan menasihatinya supaya terus tabah dengan dugaan yang menimpa. Namun begitu, nampaknya gambar tersebut dah mengundang komen yang kurang enak dari orang ramai dan DSV dilabel sebagai tak beradab.

Dsv5
sumber: instagram

Orang ramai rata-rata kurang senang melihat DSV duduk di atas pusara lain yang mempunyai tulisan ayat suci Quran di kelilingnya.

“Kenapa Dato Vida duduk atas batu tu? Bawah punggung tu ayat suci”

“Mana boleh duduk di atas pusara orang lain. Ada adab lah sikit Dato Vida tahu kena belajar…”

“Yela.. Adoyai.. Salah tu.. Mana boleh duduk atas kubur.. Kira tak hormat arwah pulak.”

Dsv6
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, menurut mStar, DSV dah pun mengaku kesalahannya dan memohon maaf kerana duduk di atas pusara. Usahawan ini menjelaskan yang dia tidak perasan ada tulisan di keliling pusara itu.

Dsv4
sumber: instagram

“Saya duduk memandangkan tak bawa kerusi. Takkan nak duduk mencangkung pula.”

“Kalau kita nak duduk kat kubur cuba netizen bagi cadangan… Nak duduk bersila tikar tak bawa.”

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu soal jawab menjelaskan hukum duduk di atas binaan kubur adalah makruh.

“Binaan kubur dianggap sebagai kubur itu sendiri. Oleh itu, makruh untuk duduk di atas binaan kubur kerana ia dianggap sebagai duduk di atas kubur.”

So, adalah elok untuk kita menjaga adab ketika berada di tanah perkuburan dan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar adab-adab ini.

Dia tak sengaja. Maafkanlah dia.

Baca: “Kepala otak dia!” – Dato’ Vida Dikritik Kerana Malukan Anak, Muat Naik Video Beli Pakaian Dalam

Pagevida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.