in

“Bau dia gampa*g hanyir” – [VIDEO] Lelaki Kongsi Kisah Mistik Kereta Ditumpang Pocong Pukul 2 Pagi

Untitled design 1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang tua-tua selalu cakap, kalau ternampak hantu, jangan terlalu berani dan jangan terlalu takut. Bila kita takut, benda ni lagi syok dia nak kacau, kalau berani sangat benda ni anggap kita macam mencabarnya. 

Ingat, dunia ini bukan saja dihuni oleh manusia, malah turut dihuni oleh makhluk lain yang tidak nampak dengan mata kasar cuma kita boleh rasa kehadirannya.


Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Wan Chiang baru-baru ini, dia telah kongsikan pengalaman seramnya apabila kereta yang dipandunya itu ditumpangi oleh makhluk halus.

https://www.facebook.com/100000434133279/videos/pcb.3343712835653155/3343710275653411/

Wan Chiang atau nama sebenarnya Muhammad Afif Izwan dipercayai berada dalam perjalanan dari Ipoh ke Teluk Intan dan sudah lewat malam kira-kira 2:30 pagi

cong1

Ketika dia berada di kawasan Tanjung Keramat, di sedar ada bau hanyir di dalam kereta. Pada mulanya ingatkan bau kelapa sawit, bila toleh ke cermin belakang ada ‘Cik Cong’ tengah tumpang. Aduhaii…problemlah Cik Cong ni.

cong2

Menurutnya, mungkin kerana experience dia sebelum ini, bila tahu ada benda yang menumpang perasaan terkejut dan takut tu tak adalah teruk sangat.

Katanya kepada Lobak Merah, kawasan itu dikirakan hotspot kemalangan berlaku, bila pemandu dikacau oleh makhluk ini, mereka akan cemas dan terbabas di sisi jalan.

Tambahnya lagi, jangan takut sangat dengan makhluk ini. Kalau boleh beranikan diri sebab mereka juga sebenarnya takut pada kita.

Memang dunia kita dihuni oleh makhluk ini, inga tsatu benda. Allah tak akan izinkan dia buat perkara bukan-bukan pada kita. Dia tak boleh sentuh kita, hanya boleh tunjuk rupa sahaja. Kecuali kalau sihir, itu lain pula ceritanya..” – Muhammad Afif Izwan

cong3

Ini pesanan Afif Izwan khas untuk pembaca Lobak Merah, dia telah kongsikan beberapa teknik kalau kita dikacau oleh makhluk ini.

Kalau dikacau cubalah baca ayat qursi, if tak menjadi korang memang kena cuba teknik maki ni. Kalau tak makan saman juga, korang berhenti tepi jalan kemudian pusing tengok dia. Percaya la, mesti hilang sebab makhluk ni tak berani tunjuk diri depan-depan.” – Muhammad Aifi Izawan

Ini video selepas di edit brightness, korang boleh nampak benda tu tengah tunduk. Mungkin segan sebab kena record kowt.

https://www.facebook.com/100000434133279/videos/pcb.3343712835653155/3350997878257984/

Kalau min yang kena, min mampu nangis je. Bukan nangis takut, tapi bau hanyir tu tak boleh tahan boleh naik pening weyh..

 

Baca: “Hantu tu siap senyum” – Ingatkan Main Sorang-sorang, Rupanya Ada ‘Kawan’ Kat Sebelah Dalam Gambar

Annotation 2020 06 12 104242

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.