Ah long atau pemberi pinjaman wang yang tidak berdaftar ini sering dikaitkan dengan tindakan yang kejam, zalim dan sanggup menggunakan pelbagai taktik demi mendapatkan semula duit yang telah dipinjamkan.
Menurut laporan Oriental Daily, seorang lelaki berusia 29 tahun yang sedang bekerja di Singapura berdepan dengan tindakan tak berperikemanusiaan jerung pinjaman ini selepas dia tersilap klik pautan pinjaman wang dan ia menyebabkan rumahnya dibakar sebanyak dua kali.
Semuanya bermula sejak Mei lalu apabila sifat ingin tahu mangsa telah tersilap klik pautan yang menghantarnya ke laman web untuk memohon pinjaman daripada Ahlong berkenaan.
Menurut kenyataan isteri mangsa, suaminya pada awalnya ingin membuat pinjaman sebanyak SGD10,000 (RM34,000). Namun, dia tidak meneruskan pinjaman tersebut selepas membaca terma dan syarat yang menurutnya mencurigakan.
Artikel berkaitan : Kaki Judi Senyap-senyap Guna Nama Isteri Buat Pinjaman Lebih RM180,000
Artikel berkaitan : Kakitangan Kerajaan Hilang RM852,000 Ditipu Scammer, Baki Dalam Bank Tinggal RM48
Malangnya, walaupun tidak meneruskan pinjaman berkenaan, pihak Ahlong telah memperoleh maklumat peribadinya dan sejak itu, telah menerima panggilan daripada Ahlong tersebut meminta dia untuk membayar sebanyak SGD2,000 (RM6,800) sebagai wang pemprosesan sekiranya dia ingin membatalkan pemohonan tersebut.
“Pihak Ahlong membenarkan kami membuat bayaran secara ansuran”
Menurut isteri mangsa, pihak Ahlong tersebut memberitahu mereka yang bayaran boleh dibuat secara ansuran. Namun, setelah bayaran dibuat, pihak ahlong mendakwa tidak menerima bayaran tersebut dan ini menyebabkan mangsa bertindak untuk tidak meneruskan pembayaran.
Tambah isteri mangsa lagi, keluarga telah menjadi mangsa Ahlong tersebut yang mengganggu suaminya dan mengugut untuk menculik anak mereka.
Perkara tersebut menjadi lebih teruk dan memuncak pada 11 dan 15 September lepas apabila seorang lelaki yang tidak dikenali bertindak mencurahkan minyak di hadapan rumah mereka sebelum membakar kawasan tersebut.
Sumber : Oriental Daily