in

“Baru pre-wedding?!” – ‘Show’ Dari Rihanna & 4 Benda Yang Berlaku Ketika Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang selalu tengok posting-posting di media sosial, mesti korang akan ternampak beberapa video dan gambar menunjukkan selebriti antarabangsa dan Bollywood berkumpul untuk menghadiri satu majlis di India.

Sebenarnya, selebriti-selebriti terkenal ini telah tiba di India untuk meraikan majlis pra perkahwinan anak lelaki bongsu billionaire India, Anant Ambani yang telah berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas (1 Mac 2024) sehingga Ahad lalu.


Siapa Anant Ambani?

Ambani20wedding 270224 GettyImages 1250367658.jpg

Anant Ambani merupakan anak bongsu lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani yang mempunyai jangkaan kekayaan sebanyak US$117 bilion, menurut Forbes. Lelaki berusia 28 tahun ini merupakan pengarah perniagaan tenaga yang dikendalikan oleh Reliance, syarikat yang diasaskan oleh datuknya.

Walaupun Anant dan kekasihnya Radhika Merchant hanya akan berkahwin pada bulan Julai nanti, tapi sambutan pra perkahwinan ini dilihat telah diadakan dengan sangat mewah sehinggakan tetamu-tetamu yang hadir telah dijamukan dengan 500 jenis makanan yang dibuat oleh 100 chef tau!

Dekat bawah ni adalah antara perkara-perkara yang berlaku sepanjang sambutan yang diadakan di Jamnagar, Gujarat pada hujung minggu lalu.

1. Pasangan ini telah memberikan jamuan makan malam kepada 51,000 rakyat di India

20240228359L

Pada hari Rabu, Anant dan pasangannya telah menganjurkan jamuan makan malam untuk 51,000 penduduk tempatan di Gujarat. Majlis ini dibuat di perkampungan Jogwad berhampiran syarikat Reliance di Jamnagar.

Dikatakan, menjamu makanan kepada penduduk tempatan ketika berlangsungnya sesuatu majlis telah menjadi satu tradisi untuk keluarga Ambani.

2. Rihanna memberi persembahan berdurasi penuh pertama kali selepas lapan tahun

INDIA AMBANI MARRIAGE 21 1709448470427 1709448528783.JPG

Pada malam Jumaat, penyanyi terkenal dilihat telah melakukan persembahan berkaki ayam di atas pentas dengan memakai pakaian tradisional India berwarna hijau dan pink pada sambutan pra perkahwinan tersebut.

Rihanna telah mempersembahkan sebanyak 19 lagu termasuk lagi popularnya, Umbrella, Diamonds dan Work.

Ketika persembahan tersebut berlangsung, pasangan bakal pengantin Anant dan Radhika juga turut naik ke atas pentas bersama penyanyi tersebut.

Saya di sini malam ini untuk Anant dan Radhika. Terima kasih kerana menjemput saya dan moga tuhan merahmati penyatuan ini. Tahniah.”

Di lapangan terbang Jamnaghar, selepas selesai membuat persembahan, Rihanna memberitahu wartawan tempatan bahawa persembahan tersebut merupakan salah satu persembahan yang terbaik kerana dia tidak membuat persembahan sebenar selama lapan tahun.

Menurut beberapa laporan, Rihanna telah dibayar di antara US$6 ke US$9 juta untuk membuat persembahan.

Untuk pengetahuan korang, keluarga Ambani memang pernah menjemput artis-artis terkenal untuk membuat persembahan di perkahwinan mereka.

Pada tahun 2018, Beyonce telah membuat persembahan di majlis pra perkahwinan satu-satunya anak perempuan mereka Isha Ambani dan Anand Primanal.

Tahun 2019 pula, penyanyi utama Coldplay, Chris Martin dan kumpulan The Chainsmokers telah menghiburkan tetamu yang menghadiri majlis pra perkahwinan Akash Ambani dan Shloka Mehta di Switzerland.

3. Seramai 1,200 tetamu telah dijemput

bill gates mark zuckerberg 65e552031ca10.jpg

Ketika pra perkahwinan ini, beberapa orang terkaya dan terkenal di dunia telah dilihat menghadiri sambutan ini termasuk Ivanka Trump, Mark Zuckerberg, Bill Gates dan ramai lagi.

Malah, lapangan terbang bandar tersebut yang biasanya hanya menerima kurang dari 10 penerbangan sehari dilaporkan sibuk. Pihak berkuasa lapangan terbang tersebut mengatakan sebanyak 130 penerbangan telah tiba untuk menghadiri sambutan luar biasa tersebut.

Selain itu, selebriti-selebriti terkenal Bollywood turut dilihat menghadiri acara ini dan mereka turut menyaksikan persembahan Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Aamir Khan yang menari bersama di atas pentas.

Selain itu, tetamu-tetamu yang dijemput turut diberikan dokumen setebal sembilan mukasurat untuk memberitahu pemakaian yang sesuai dipakai untuk pelbagai acara yang disediakan ketika sambutan tersebut.

Antara dress code yang disenaraikan termasuklah tema jungle fever yang menyuruh tetamu untuk memakai kasut yang selesa bagi melawat pusat penyelamatan haiwan pada hari kedua dan pakaian tradisional India untuk festival utama.

4. Sediakan 2,500 hidangan untuk tetamu

Anant Ambani Radhika Merchant Engagement 4

Sekumpulan chef seramai 21 orang telah dipilih dari Hotel Jardin dan diterbangkan ke Jamnagar untuk mencipta pelbagai menu dari Thailand, Jepun, Mexico, Parsi dan Pan Asia. Menu sarapannya sahaja tetamu telah dihidangkan dengan 75 menu berbeza, makan tengah hari terdiri daripada lebih 225 hidangan dan makan malam akan disajikan sebanyak 275 menu.

Tak cukup dengan itu, terdapat sebanyak 85 kudapan tengah malam yang disediakan dari waktu tengah malam sehingga jam 4 pagi.

5. Belanjakan US$152 juta untuk sambutan pra perkahwinan

4256271 1876277367

Menurut laporan yang dibuat oleh Daily Mail, Mukesh Ambani telah membelanjakan kos sebanyak US$152 juta untuk meraikan sambutan pra perkahwinan anaknya ini dan tunangnya Radhika Merchant.

Makanan yang dijamukan kepada tetamu-tetamu yang terkenal dari serata dunia ini, dikatakan telah menelan belanja sebanyak US$25.3 juta dan US$6 juta untuk Rihanna membuat persembahan.

Bajet selebihnya telah digunakan untuk menampung pekerja-pekerja dan 21 chef dari bandar Indore, India yang telah menyediakan sebanyak 2,500 hidangan dari pelbagai negara serta penginapan di Jamnagar untuk lebih kurang 1,000 tetamu.

Fuh, baru pre wedding dah macam ni punya meriah, kahwin nanti entah macam mana pulak.

Sumber: Business Insider, CNN, SW, VN Express

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.