in

Baru 6 Hari, Tun M Dah Buat 10 Perkara Ni

Mahahthircool

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benarlah kata orang, age is just a number! Tengok Perdana Menteri kita, ketika usia menginjak 93 tahun dia masih cergas, bertenaga dan fikirannya sentiasa dinamik dalam melahirkan idea-idea hebat untuk selesaikan masalah yang belenggu negara.

Meskipun baru saja 6 hari memerintah Malaysia, Tun Mahathir telah melakukan pelbagai perubahan besar dalam negara kita. Ini 10 perkara yang Tun M dah buat sebaik saja dia mengangkat sumpah 10 Mei lalu: 


 

1. Masa depan Peguam Negara, Apandi Ali

“Peguam Negara akan bercuti dan peguamcara negara akan menggantikan dia. Peguamcara negara boleh juga gantikan tugasnya dalam Lembaga Pengampunan nanti.” 

Berita penuh di sini.

 

2. Menyiasat dan mengeluarkan Apandi Ali 

“Laporan polis mesti dibuat sebelum siasatan dijalankan terhadap dia. Kita perlukan asas dalam penyiasatan dan tak boleh hanya menuduh. Kalau dia disiasat, barulah dia boleh digantikan.” 

Berita penuh di sini.

Apandi Ali E1497619672284
sumber: blog

 

3. UMNO masuk Pakatan Harapan

“Mahathir tolak cadangan UMNO bergabung dengan Pakatan Harapan dan mahkamah sedang pertimbang status sah UMNO. “Lepas tu, kita serahkan kepada ROS.” 

Berita penuh di sini.

 

4. Tentang Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan dakwaan rasuah

“Kita hanya menamakannya, belum angkat sumpah sebagai menteri. 

“Kita ada panel yang akan memerhati kerja Kementerian Kewangan. Apa yang kita boleh buat, kita akan buat tapi kita kena tunggu sampai Menteri Kewangan dilantik.

Berita penuh di sini.

 

5. Kebebasan tertangguh Anwar

“Kami sedang cuba untuk dapatkan pengampunan diraja untuknya.” 

Berita penuh di sini.

Kl03
sumber: blog

 

6. Menangkap Jho Low 

“Pihak kerajaan tidak meminta bantuan Interpol untuk menangkap dia. “Tapi kami ‘tahu’ di mana dia berada.”

Berita penuh di sini.

 

7. Kebebasan bersuara

“Walaupun kita sokong konsep kebebasan akhbar dan bersuara tetapi ia ada hadnya. Jika sengaja cuba cetuskan huru-hara, itu akan dihadapi (dengan) undang-undang khusus.” 

Berita penuh di sini.

 

8. Perletakan jawatan Ketua SPRM Dzulkifli Ahmad 

“Dia letak jawatan atas pilihannya sendiri. Kalau ada siasatan terhadap dia yang bongkarkan sesuatu, barulah kami boleh ambil tindakan.” 

Berita penuh di sini.

Dzulkifli Ahmad Bernama 011017 01
sumber: mmo

 

9. Menamakan ahli Kabinet 

“Kabinet utama akan mengandungi 10 kementerian. “Lepas tu, lagi 15 orang akan dilantik secepat yang mungkin.” 

Berita penuh di sini.

 

10. Menyiasat kesalahan kerajaan terdahulu 

“Tun memberi arahan supaya semua kementerian untuk tidak membuang atau merosakkan sebarang dokumen kerajaan. 

Berita penuh di sini.

Ini antara perkara yang telah dilakukan Tun M selama 6 hari memerintah kerajaan. What’s next? Sama-sama kita nantikan langkah Tun M yang bakal menggegarkan negara.

Baca: 7 Perkara Tentang PRU14 Melibatkan Tun M 

Tun M 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.