in

“Baring dalam bilik tu. Bila mak cuba gerak orang tu macam..” – Detik Seram Pemuda Ni Tinggal Dirumah ‘HQ Hantu’ Di Rawang

Rumahrawang16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak semua tempat tu ‘bersih’, kadang-kadang kita tak tahu bahawa ada ‘penghuni’ lain atau ada ‘benda terbengkalai’ tak bertuan.


Rasa meremang pula bila terbaca kisah yang dikongsikan oleh pemuda ini, masa dia sekeluarga ada sewa satu rumah di kawasan Rawang ni. Macam-macam perkara aneh terjadi sepanjang beberapa bulan mereka sekeluarga menetap disana.

 

Adik kecil asyik menangis lagi-lagi musim hujan

Pada masa itu umur lelaki ini masih berbelas tahun, dan dia masih dibangku sekolah. Dia sekeluarga menyewa disitu untuk sementara waktu. Pada mulanya tiada apa-apa yang pelik berlaku, sampailah…

Rumahrawang

 

Pelik dengan apa yang terjadi, sampai lah satu hari ni dia jumpa kawan dia yang pernah menetap disitu. Rupanya-rupanya rumah tu memang ‘sesuatu’

 

Kawan pernah tinggal dekat rumah saya tu.masa zaman dia, bila hujan mesti rumah tu akan blackout. Bila terbuka lampu balik, tengok bingkai gambar mesti ada kaca retak or pecah.

Rumahrawang2

Pada mulanya dia malas nak ambil serius pasal hal ni, namun lepas kawannya menceritakan segala-galanya baru dia sedar, lebih-lebih lagi masa kawan dia tanya soalan ni kepadanya

 

“Anjing rumah sebelah menyalak tak setiap lewat pagi?”

Rumahrawang3

Sejak dari situ, dia mula ceritakan seorang demi seorang ahli keluarganya dapat gangguan pelik-pelik. Selain daripad adik kecilnya, adik beradik, ibu, bapa bahkan dirinya sendiri terkena gangguan itu.

Antara paling obvious sekali adalah adik kecilnya yang menangis di dalam buaian terutamanya waktu hujan, malah dia juga berkelakuan pelik seperti…

 

Adik kecil main auchak auchak depan pintu

Rumahrawang4

Saya kena 2 situasi : Pertama, angin ekcang, nampak bayang-bayang sedang menuju ketingkap dan masuk. Kedua, Nampak budak lelaki tengah kocak-kocak air (tak ada adik lelaki dalam keluarga)

Rumahrawang5

 

Ayah tengah mengaji, nampak nenek jubah hitam, mata dia bulat merah

Rumahrawang6

 

Mama setiap kali nak ke dapur, akan nampak dapur semakin jauh. Adik perempuan ditegur mama sewaktu mama tak ada kat rumah.

Rumahrawang7

 

Arwah nenek terdengar bunyi burung gagak dalam stor

Rumahrawang8

 

Anjing jiran selalu menyalak, bunyi macam ketakutan atau kesakitan

Rumahrawang9

Inilah rumahnya

Rumahrawang10 Rumahrawang11

“So yeah inilah rumahnya kalau dekat google map. Bekas rumah saya plus depan rumah saya yang ada rumah kosong tu. Tingkap tingkat atas rumah kosong tu la ayah nampak macam ada org. Kereta merah tu la area anjing jiran saya selalu nyalak dan tu la laman rumah saya cakapkan tu”

“Sebenarnya rumah ni kira macam HQ la untuk mereka” – Ustaz

Rumahrawang12

 

Dekat bilik bawah area dapur tu, dia ternampak ada kaki org baring dalam bilik tu. Bila mak cuba gerak slow2 nampak org tu macam bangun lelaju

Rumahrawang13

 

Kontraktor pernah kena cekau dengan seorang perempuan cantik dalam rumah tu

Rumahrawang14

Malah menurutnya lagi, pihak pengawal keselamatan nampak pelik masa mereka mula-mula nak pindah ke rumah tu. Bahkan biarpun rumah tu dikenali dengan mistiknya, masih ada lagi proses jual beli sehingga kini.

Dengar cerita, rumah tu sekarang dah jadi taska dan masih ada yang terkena gangguan.

 

Baca : Meremang sampai ke tengkok” – Seram! Bunyi Kuat Wanita Menangis Di Hostel Lelaki Waktu Tengah Malam

Hostel

 

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.