in

Barbershop Diarah Tutup & Lesen Perniagaan Ditarik Sebab Berniaga Masa PKP

barber4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham ada mengumumkan bahawa kedai gunting rambut masih belum mendapatkan kebenaran untuk menyambung perniagaan mereka buat masa ini.

Namun, ada satu kedai barbershop ini cuba nak tunjuk berani dengan buka balik kedainya secara senyap-senyap masa PKP ni. Kegiatan itu terbongkar dan lesen perniagaannya telah ditarik serta merta dan diarahkan untuk tutup kerana ingkar arahan.


 

Pasang kain rentang kat kedai untuk cover line

barber2

Barbershop yang terletak di Muar, Johor. Pihak Pegawai Majlis Muar menjalankan serbuan secara mengejut. Lapor China Press dan Sin Chew Daily menerusi WORD OF BUZZ.

Pemilik kedai itu akan menggunakan 2 helai kain panjang untuk elindur pintu kaca dengan harapan pihak berkuasa takkan tahu yang kdai mereka dibuka.

Walaubagaimanapun, ianya terbongkar apabila ada pihak penguatkuasa membuat rondaan dikawasan itu nampak. Dia diarahkan tutup kedai serta merta.

barbershop

Majlis Bandaraya Muar mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa undang-undang telah menetapkan bahawa mereka akan mengambil tindakan terhadap perniagaan yang menolak untuk bekerjasama dengan peraturan PKP.

Pihak berkuasa akan terus melaksanakan tindakan tegas terhadap mereka yang enggan mematuhi SOP MCO

Haihh, apakata sabar dulu biar tutup sementara jangan sampai kena tutup terus.

 

Baca : [TERKINI] Syarikat Akan Kena Tutup Kalau Ada SEORANG Staff Yang Positif Covid-19

kerja 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.