Setiap manusia tak akan lari dari ujian, begitu juga yang dihadapi oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Liew yang sedang menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari misi bantuan ke Gaza, Palestin baru-baru ini.
Menerusi satu posting di Facebooknya kira-kira 50 minit tadi, Ustaz Ebit Liew mengumumkan bahawa ayahnya telah meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser perut peringkat akhir.
Sebelum ini, pendakwah terbabit diberitakan sempat melawat ayah beliau ketika sedang dirawat di hospital dengan pakaian PPE lengkap sejurus tiba di tanah air.
Difahamkan, jenazah bapa Ustaz Ebit Liew kini di Hospital Gleneagle dan akan dibawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandikan dan sebelum dibawa ke Pahang.
Saya dalam perjalanan ke Gleneagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang – Ustaz Ebit
Pelbagai Bangsa Sampaikan Takziah
Menjengah ke ruangan komen, ramai mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada Ustaz Ebit diatas pemergian bapanya tercinta.
Lebih menarik, mungkin disebabkan sifat murah hati dan pelbagai kerja kebajikan yang sering diberikan oleh Ustaz Ebit tanpa mengira latar belakang dan agama, pengguna Facebook tanpa mengira latar belakang turut menyampaikan ucapan takziah kepada pendakwah terkenal ini.
Kami di Lobak Merah ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada Ustaz Ebit Liew dan semoga roh ayahanda ustaz ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.