Anak suci berumur 6 tahun ini terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri disebabkan sikap bapa durjana yang memberikan dadah jenis methamphetamine.
Menurut doktor yang merawatnya, nenek kepada kanak-kanak ini cuba ugut membakar rumahnya.
Bapa berikan supaya anak ketagih dan bergantung kepada dadah tersebut agar…
Tambah doktor tersebut, ayahnya telah meletakkan dadah tersebut ke dalam minuman anaknya supaya ketagih dan bergantung pada dadah itu agar jadi deliver boy untuk ayahnya. Kalau tidak, tak dapat.. Ni bapa ke binatang?
Menurut sumber The Star, berdasarkan pemerhatian doktor, kanak-kanak itu kelihatan cemas, mahukan perhatian, kurang jaga kebersihan, elakkan bertentang mata (eye contact) serta kelihatan kurang nutrisi.
Tambahnya lagi, abangnya yang berumur 7 tahun juga menunjukkan gejala yang sama, ternyata kes yang terjadi di Bangkok, Thailand ini makin meluas dan harus dipandang serius!
Kes lain: Wanita ambil dadah jenis Meth semasa hamil atas sebab..
Ini terbukti apabila Pengarah Hospital Somdej Phra Yupparaj Kra Nuan, Dr Wiroj Lertpongpipat menegaskan apabila doktor yang sama berdepan dengan kes wanita hamil 3 bulan ambil dadah jenis yang sama dengan alasan untuk memudahkan proses bersalin.
Kes ini merupakan kes yang ke 10! Terbaru, ada kanak-kanak beratnya hanya 2.39 kg sahaja. Jauh lebih rendah berbanding normal 3 kg.
Bagaimanapun, kata pengarah hospital itu kedua-kedua wanita ini merupakan penagih sebelum hamil lagi.
Pengambilan Meth semasa hamil, akan menyebabkan berat kelahiran lebih rendah, lilitan kepala akan mengecil, serta masalah jantung dan perkembangan neurologi badan akan terbatas.
Bagi anak pula, risikonya lebih besar integrasi motor visual dan memori lisan yang lebih rendah.
Baca : Semua Adik Beradik & Ayah ‘Hamba’ Dadah Sampai Mak Larikan Diri Tinggal Keluarga Sebab Tak Tahan