in

“Bapa dia pun pembunuh” – Polis Jumpa Lebih 288 Serpihan Tulang, Anak ‘Businessman’ Rupanya Seorang Pembunuh Bersiri

Apaniapichai

Selalunya pembunuh bersiri ni menyorok dan tak bergaul dengan orang kan? Tapi, siapa sangka orang yang kita nampak ‘normal’ rupa-rupanya hidup dalam dua identiti berbeza?

Menurut Daily Mail, nama Apichai Ongwisit, 40, anak seorang usahawan dari Thailand baru-baru ini menjadi tajuk utama berita di serata negara itu selepas ditahan polis kerana membunuh.

Bunuh10
sumber: wob

Di sebalik kehidupannya sebagai usahawan, Apichai rupa-rupanya merupakan pembunuh bersiri dan semuanya terbongkar selepas pihak polis mendapat maklumat dari seseorang yang bekerja untuknya.

Menurut individu itu, dia berada di tempat kejadian kerika Apichai membunuh bekas teman wanitanya pada Ogos 2019. Ketika Apichai dan wanita berusia 22 tahun itu sedang lalok kerana dadah, dia telah memukul kepala mangsa menggunakan paip.

Bunuh1
sumber: daily mail

Apichai kemudian menyumbat wanita itu ke dalam kotak besi dan memasang muzik dengan kuat supaya jeritan mangsa meminta tolong tidak didengari sesiapa.

Mangsa dikenali sebagai Warinthorn Chaiyachet dilaporkan mati kerana lemas tanpa oksigen di dalam kotak besi tersebut. Lebih teruk lagi, selepas pihak polis melakukan siasatan mereka mendapati Apichai menyimpan lebih daripada satu mayat di rumahnya.

Bunuh5

Bunuh6

Bunuh7
sumber: bangkok post

Lebih 288 serpihan tulang telah dijumpai di dalam sehelai kain yang ditanam di bawah pagar besi. Pagar itu pula kemudian dirantai dan ditenggelamkan ke dalam tasik di kawasan rumahnya menggunakan pemberat 5kg.

Bukti itu menjelaskan bahawa kes ini bukanlah kali pertama penglibatan keluarga Apichai dalam jenayah itu. Sebelum ini, bapanya, Chalermchai Onkvisit juga telah ditangkap pada 1983 kerana membunuh dan sembelih mayat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Bunuh3
sumber: daily mail

Bunuh8

Bunuh9
sumber: bangkok post

Bukan itu saja, Chalermchai juga simpan bahagian badan yang dah dipotong itu di dalam kotak dan diletakkan di tempat awam supaya ada yang jumpa.

Sejak kes ini berbangkit dan mendapat liputan meluas, Apichai digelar sebagai ‘Metal Casket Killer’ disebabkan cara dia melakukan pembunuh. Beberapa laporan individu hilang juga telah dikaitkan dengan Apichai, termasuklah kehilangan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Weh ini bapa borek anak rintik. Dua-dua pembunuh…

Baca: “Baju lengan pendek, rambut atas bahu” – Lelaki Ini Kongsi Gambar Selfie Depan Bilik Mayat Tapi Ada ‘Benda’ Lain Tumpang Sama

Hantu