Bapa kepada seorang bayi yang meninggal dunia di pusat asuhan pada 2022 dikenali sebagai Baby Syifaa atau Nour Rania Asyifaa Yuseri telah ditahan polis pada petang Selasa susulan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki terbabit ditahan pada 2.45 petang di Kuala Lumpur.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki terbabit ditahan pada 2.45 petang di Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Artikel berkaitan: Bayi Meninggal Di Pusat Asuhan, Bapa Kata Anak Tak Pernah Tidur Dalam Buaian Sebelum Ni
Artikel berkaitan: “Muka kami digunakan tanpa consent” – Alif Teega Nafi Aisyah Hijanah Terlibat Isu Komisyen Derma 20%
Difahamkan, sebelum ini lelaki itu yang juga aktivis memperjuangkan kes-kes penganiayaan didakwa menyeleweng dana hasil sumbangan orang ramai kepada akaun syarikatnya, YY Community Center.
Bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan, dilapor menafikan wang itu diguna untuk memulakan kerja bagi mewakili kes.
Hafiz berkata, dia tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya maklum mengenainya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain, sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu.
Sekadar info, pada 23 Februari media melaporkan Baby Syifaa ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lehernya tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan dekat Sendayan, di sini, kira-kira jam 3 petang.
Kejadian berlaku selepas mangsa dikatakan ditidurkan dalam buaian di sebuah bilik oleh pengasuhnya.
Sumber: Harian Metro