Awal tahun 2000, Malaysia dihujani dengan pelbagai rancangan realiti TV nyanyian, ini termasuklah Akademi Fantasia (AF), Malaysian Idol serta One in A Million.
Rancangan sebegini seakan fenomena di ketika itu, malah ada yang habis ratusan ringgit untuk mengundi peserta kegemaran mereka menggunakan SMS.
Antara rancangan yang menarik perhatian ramai ialah Akademi Fantasia, ramai nama-nama besar dalam industri muzik kini seperti Hafiz Suip, Stacy dan Amir Masdi merupakan bekas pelajar rancangan tersebut.
Jika anda seorang pengguna TikTok yang tegar, pasti anda tahu mengenai sebuah trend yang menunjukkan gambar ibu mereka yang terbaru kemudian disambung dengan gambar ibu mereka ketika zaman muda.
Perkongsian pengguna TikTok @zilloooooo membuatkan ramai yang terkedu apabila ibunya itu merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia iaitu Asma Ghani atau lebih dikenali sebagai Mas AF.
@zilloooooo Huhu
Mas AF merupakan bekas pelajar AF musim kedua di mana dia merupakan peserta yang tersingkir sebelum peringkat akhir. Penyanyi yang berasal dari Tawau, Sabah itu sangat terkenal dengan kemampuannya menyanyikan lagu-lagu bergenre rock.
Ramai netizen yang teruja dan berasa rindu melihat Mas AF kerana karakternya sangat diingati ketika dalam rancangan tersebut.
Pun begitu, karier seninya tidak diteruskan dan update terakhirnya dia kini masih berniaga sate di kampung halamannya di Tawau, Sabah.
Baca: 5 Sebab Mengapa Akademi Fantasia 5 Paling Menggamit Memori Antara Semua