in

“Banyak kali tak pulangkan baki duit anak” – Wanita Bengang Sekolah ‘Back Up’ Makcik Kantin Tak Jujur

Makcik Kantin Tak Pulang Baki Pelajar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun semampu mana ibu bapa itu, pastinya mahu mendidiknya anaknya untuk berjimat cermat dengan menyimpan duit baki ketika berbelanja di sekolah.

Namun, keadaan itu agak sukar dilakukan jika ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap pelajar sekolah.


Baru-baru ini, tular di laman X perkongsian seorang wanita yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas didakwa peniaga kantin kerap tidak memulangkan semula baki duit pelajar di salah sebuah sekolah kebangsaan. Isu itu dibangkitkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah terbabit.

Namun, dia berasa kecewa apabila pihak sekolah dikatakan tidak mengambil sebarang tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab itu.

Artikel berkaitan: “Diorang ni semua ada suntikan ke?” – Pengusaha Kantin Tak Puas Hati Guru Jual Makanan Di Sekolah

Artikel berkaitan: “Macam bufet hotel!” – Cikgu ‘Review’ Menu Kantin Sekolah, Siap Buat Stesen Ikut Selera Pelajar!

“Dah banyak kali kes baki duit anak tak dipulangkan oleh mak cik kantin. Masuk mesyuarat PIBG, yang ketua-ketua ni nak perhalusi pemasangan CCTV, nak kumpul duit dari ibu bapa RM10 sebulan untuk penyelenggaraan, nak lancarkan aplikasi pembayaran tanpa tunai.

“Akhirnya ada yang kuat bodek cakap ibu bapa kena didik anak-anak. Maka hari ni, menyirap sedikitlah saya,” katanya.

Malah, dia turut ditegur dengan pihak atasan kerana dilihat cuba menghangatkan isu dan dianggap tidak mahu menolong bangsa sendiri.

Screenshot 2024 07 30 123525

Menurutnya, meskipun perkara itu tidak berlaku pada anaknya, namun dia sebagai wakil kepada para ibu bapa menggesa pihak sekolah untuk meneliti semula pengambilan peniaga untuk melakukan operasi di kantin sekolah.

Screenshot 2024 07 30 124741

Screenshot 2024 07 30 123506

Dia turut mendakwa perkara ini sudah berlaku sejak beberapa bulan lalu namun masih belum ada tindakan daripada pihak sekolah berkenaan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.