Pelakon dan penyanyi, Raffi Ahmad dikritik hebat oleh netizen kerana tindakannya yang kerap muat naik kandungan di media sosial sepanjang waktu dia mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.
Mereka mula meragui niat sebenar penyanyi lagu Jangan Bilang Tidak ini dalam menunaikan rukun Islam yang kelima itu, bagi mereka niatnya ke sana hanya seolah-olah mahu menghasilkan content di media sosial.
Artikel berkaitan : “Saya minta maaf” – Raffi Ahmad Dikecam Teruk, Pergi Berparti Hari Yang Sama Lepas Divaksin Bersama Presiden Jokowi
Artikel berkaitan : “Sama-sama pernah dipenjara” – Kapsyen Ahmad Dhani Bersama PMX Jadi Tumpuan Netizen
Niatnya itu dipertikai kerana Raffi sepatutnya memfokuskan kepada ibadah haji dan bukannya menjadikan ia sebagai kandungan dalam setiap aspek ketika berada di sana.
Terpanggil degan dakwaan itu, pemilik nama sebenar Raffi Faridz Ahmad, 37 menegaskan bahawa apa yang dia lakukan di media sosial langsung tidak mengganggu ibadahnya.
“Selepas menyelesaikan rukun berkaitan haji seperti tawaf dan sa’i, pasti ada waktu rehat. Ketika itulah saya guna untuk memuat naik semua video yang dirakam ke media sosial.”
Tambahnya lagi, masa rehatnya bukan hanya digunakan untuk membuat content, dia manfaatkan dengan berkenalan dengan jemaah haji dari Indonesia dan negara lain.
Sebelum ini, Raffi membatalkan niat untuk menjalani ibadah haji sebanyak 3 kali atas bermacam-macam alasan. Bagaimanapun, pelakon itu akhirnya berangkat ke Makkah selama 20 hari bersama isterinya pada 8 Jun lalu.
Sumber : mStar Online