in

Bantu Mangsa Banjir, Perodua Sediakan Pemeriksaan Percuma Untuk Pengguna Terjejas

page1 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat automobil tempatan, Perodua baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka bakal menawarkan rebat perkhidmatan tunda, diskaun ke atas alat ganti terpilih dan pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan jenama tersebut yang terjejas akibat banjir.

Memetik laporan Harian Metro, pelanggan Perodua juga ditawarkan servis towing sehingga maksimum RM100 di kedai servis mereka berdasarkan syarat yang dikenakan.


Wakil jenama tempatan itu turut menyatakan bahawa mereka menawarkan potongan 20 peratus untuk alat ganti terpilih kepada pelanggan Perodua yang rosak kenderaannya akibat banjir yang sedang melanda kini.

6 3

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, tawaran nilai tambah ini disediakan untuk mengurangkan beban yang ditanggung pelanggan mereka ketika bencana tersebut menimpa.

Sepertimana yang kita tahu, banjir kilat baru-baru ini melanda beberapa buah negeri di mana banyak kenderaan telah tersangkut di tengah jalan akibat timbunan air yang tidak surut. Lebih teruk, ada juga tempat di mana kenderaan mereka langsung habis ditenggelami air.

1 4

Walaupun beberapa pusat perkhidmatan kami juga terjejas akibat banjir, pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada mana-mana cawangan perkhidmatan kami di seluruh Malaysia dalam mendapatkan bantuan. Kami melakukan yang terbaik untuk meneruskan operasi kami (di kawasan yang terjejas) secepat mungkin.” – Datuk Zainal Abidin

Tambah beliau lagi, alat ganti mereka dilengkapi dengan jaminan atau warranty dari pengeluar dan mereka meminta supaya pelanggan Perodua tidak menggunakan sebarang alat tiruan yang mampu menjejaskan prestasi kenderaan mereka.

Alat ganti yang dimaksudkan merangkumi segala barangan elektronik, gasket baik pulih enjin, trim pindu, tempat duduk kenderaan dan permaidani.

Para pelanggan Perodua yang terjejas kenderaannya disebabkan banjir digalakkan menghubungi talian khidmat pelanggan bebas tol mereka di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda, tertakluk kepada terma dan syarat.

Sumber: Metro

Baca: [VIDEO] Netizen Sebak Dengar Mangsa Banjir Jerit Minta Tolong Dalam Gelap Di Sri Muda

Captures 1

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.