Emosi seseorang itu sukar dikawal dan jika tidak dikendalikan dengan betul ia boleh bertukar kepada satu situasi yang lebih buruk.
Terbaru, satu video tular di media sosial memaparkan seorang individu berang dan memecahkan cawan di sebuah restoran apabila ditegur kerana merokok.
Artikel berkaitan: “Tak sertai Olimpik” – Ketua Pasukan Gimnas Wanita Jepun Dihantar Pulang Kerana Merokok
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tindakan Pemandu Bas Isi Minyak Sambil Merokok Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Tindakan pelanggan tersebut dirakam menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai makan terbabit dan setakat ini mendapat lebih 40K tontonan di X.
Marah bila ditegur utk jgn merokok.. Masih juga merokok dlm premis restoran. Lepastu pecahkan cawan kopi mcm tu je.
Lokasi Restoran Seng Loong Seremban Jaya. pic.twitter.com/7CxU7A9RAC
— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) September 30, 2024
Menurut hantaran oleh @update11111 itu, difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran dekat Seremban Jaya, Negeri Sembilan.
Video itu membuatkan ramai netizen tidak puas hati dan merasakan tindakan individu terbabit sangat kurang ajar selain menimbulkan kegusaran terhadap orang yang berada di situ.
Dalam pada itu, ramai juga yang berharap agar pihak berwajib mengambil tindakan atas kelakuan individu tersebut memandangkan ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.
Janganlah menyusahkan orang camni…
Sumber: X