Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah mengumumkan penarikan dirinya dari merebut jawatan presiden untuk penggal kedua dan mengesahkan bahawa Naib Presidennya, Kamala Harris akan menggantikan tempatnya sebagai calon Parti Demokrat.
Di dalam kenyataannya melalui akaun X, Biden mengatakan demi kepentingan parti dan negara, dia percaya perlu berundur dan menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Presiden yang bakal tamat tak lama lagi.
My fellow Democrats, I have decided not to accept the nomination and to focus all my energies on my duties as President for the remainder of my term. My very first decision as the party nominee in 2020 was to pick Kamala Harris as my Vice President. And it’s been the best… pic.twitter.com/x8DnvuImJV
— Joe Biden (@JoeBiden) July 21, 2024
Keputusannya untuk mengundurkan diri juga menjadikan dia sebagai ketua komander pertama yang berundur selepas Lyndon B Johnson.
Presiden AS itu pernah menggemparkan negara pada 1968 apabila membuat keputusan untuk mengundurkan diri dan menyerahkan Rumah Putih kepada Republikan, Richard Nixon selepas ramai tidak puas hati dengan cara pengendaliannya terhadap Perang Vietnam.
Selain itu, dia turut memberikan sokongan penuh kepada Kamala Harris untuk menggantikan tempatnya sebagai calon presiden untuk pilihanraya yang akan diadakan pada 5 November nanti.
Sebelum ini, pencalonan Biden telah menjadi buah mulut ramai selepas dia menunjukkan prestasi buruk dalam sesi debat bersama bekas Presiden, Donald Trump.
Jadi siapa Kamala Harris ni?
Artikel berkaitan: Panggil Naib Presiden AS Kamala Harris Anak ‘Pendatang Tanpa Izin’, Buletin TV3 Mohon Maaf
Artikel berkaitan: Kamala Harris Cipta Sejarah, Wanita Kulit Gelap Pertama Jadi Naib Presiden Amerika Syarikat
Anak pendatang asing
Kamala Devi Harris telah dilahirkan di Oakland, California pada 20 Oktober 1964 oleh pasangan Donald Harris dan Shyamala Gopalan Harris.
Bapanya telah berpindah ke Amerika Syarikat dari Jamaica untuk belajar ekonomi di University of California dan kini merupakan profesor emeritus ekonomi di Stanford. Manakala ibunya pula telah datang ke AS dari India selatan pada akhir 1950-an. Dia telah mendapat gelaran doktor falsafah di dalam bidang nutrisi dan endokrinologi di Berkley dan telah menjadi pengkaji kanser payudara yang disanjung sebelum meninggal dunia pada tahun 2009.
Banyak pegang gelaran ‘pertama’
Pada tahun 1982, Kamala telah berjaya masuk ke Howard Univerity di Washington, DC di mana dia telah menyertai Alpha Kappa Alpha iaitu pertubuhan sororiti kulit hitam paling tertua di negara itu dan telah berjaya mendapat ijazah sarjana dalam bidang sains politik dan ekonomi. Dia kemudiannya telah menjadi graduan HBCU pertama yang telah dilantik menjadi naib presiden.
Selepas kolej, Kamala telah kembali ke California untuk menghadiri sekolah undang-undang di University of California Hasting apabila dia membuat keputusan untuk menjadi pendakwa raya di dalam pejabat peguam daerah.
Selepas tamat pembelajaran, Kamala telah menghabiskan masa selama tiga dekad menjadi pendakwa raya sebelum dia dilantik untuk menjadi peguam daerah San Francisco pada tahun 2004.
Pada tahun 2011, Kamala telah menjadi orang kulit hitam pertama, wanita pertama dan orang Asia-Amerika pertama menjadi peguam negara California.
Sepanjang kerjaya menjadi peguam negara, Kamala telah bertemu dan berkawan dengan anak sulung Biden, Beau yang turut memegang jawatan sebagai peguam negara Delaware.
Namun begitu, pencapaian Kamala sebagai pendakwa raya dan peguam negara California telah dikritik ketika kempen presiden pada tahun 2020 selepas beberapa aktivis kemajuan dan penasihat undang-undang mempersoalkan beberapa keputusan yang pernah dibuatnya serta pendiriannya terhadap hukuman mati.
Pada tahun 2014, Kamala telah berkahwin dengan Doug Emhoff, bekas rakan pengurusan di sebuah firma undang-undang. Pasangan ini telah bertemu ketika blind date.
Dari pendakwa raya ke ahli politik
Pada tahun 2015, Kamala telah memulakan kempen untuk bertanding sebagai Senator AS untuk menggantikan Senator California, Barbara Boxer.
Presiden pada ketika itu, Barack Obama dan naib presiden Biden telah menyokong kempennya dan dia akhirnya berjaya memenangi pilihanraya tersebut dan dilantik sebagai wanita kulit hitam pertama dari negerinya dan kedua dalam sejarah negara.
Ketika menjadi Senator AS, Kamala telah berkhidmat sebagai Jawatankuasa Kehakiman Senat serta Jawatankuasa Pilihan Perisikan sebelum bertanding untuk Rumah Putih pada 2019.
Kemudian, pada 20 Januari 2021, Kamala telah mengangkat sumpah dan menjadi wanita pertama di AS, orang kulit hitam pertama dan orang Asia Selatan pertama dilantik untuk menjadi naib presiden.
Kalau Kamala berjaya menang pilihanraya pada November nanti, dia akan menjadi wanita pertama yang dilantik menjadi presiden Amerika Syarikat.
Pendirian Kamala terhadap genosid yang berlaku di Palestin
Mengenai apa yang berlaku di antara Israel dan Gaza, Kamala telah mendekati pentadbiran “kuku besi” Biden terhadap sokongannya untuk Israel dan dia juga sering menyokong hak Israel untuk ‘mempertahankan diri’ termasuk ketika perang ke atas Gaza.
Dia juga dikatakan bakal bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu apabila pemimpin itu dijadualkan untuk melawat Amerika Syarikat pada minggu ini.
Namun begitu, Kamala merupakan salah seorang ahli pentadbiran yang lebih vokal dalam mengetengahkan konflik kemanusiaan yang sedang berlaku di enklaf. Pada Mac lalu, dia telah menjadi salah seorang ahli pentadbiran dengan jawatan tertinggi menggunakan perkataan ‘gencatan senjata’ untuk menghentikan konflik kemanusiaan yang sedang berlaku.
Sumber: CNN, Al-Jazeera