Bertiup kencang semalam, desas-desus yang mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bakal memohon perkenaan yang Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen.
Walau bagaimanapun, terbaru semalam, Istana Negara telah memuat naik posting di Facebook menyatakan bahawa pertemuan baginda dengan Perdana Menteri hanyalah untuk mesyuarat Pra-Kabinet yang merupakan aktiviti mingguan untuk membincangkan urusan dan isu berkaitan kerajaan.
https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/pfbid0o5Q5m437GScwCeyHU7jZVDFvZQGDjBtVRdiFVT5g65MbEPyd8M8nJkKzj5LpecUHl
Bajet 2023 akan dibentang hari ini
Susulan PM tidak memohon perkenaan Yang di-Pertuan Agong untuk bubarkan Dewan Rakyat semasa menghadap di Istana Negara semalam, Bajet 2023 akan dibentangkan pada jam 4 petang hari ini, lapor Harian Metro.
Ia akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz seperti dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.
Menerusi perkembangan terbaru ini, tidak dapat dipastikan sama ada kepimpinan UMNO yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih mahu mendesak supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas Bajet 2023 dibentang atau diluluskan kelak.
Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda juga menyatakan keprihatinannya terhadap kebimbangan pelbagai pihak berhubung ancaman banjir dan bencana ketika musim Monsun Timur Laut tahun ini.
https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial/posts/pfbid02iQZEwDPsUeCqqFLoFevejJ5VvNzJSPtA1hgeBKFMBB98GatbT81NyHiYpXfQF8cyl
Ini juga terserlah apabila baginda melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di Ampang, pagi semalam.
Korang rasa Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat ini atau tidak?
Baca: PM Bakal Menghadap Agong, Akan Bincang Tarikh Pembubaran Parlimen ‘Kalau Sempat’