in

“Bahaya betul!” – Tular Video Peti Ais ‘Terbang’ Daripada Trak Pikap Di Lebuh Raya

peti ais terbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trak pikap merupakan antara pilihan kenderaan yang popular digunakan untuk membawa pelbagai jenis muatan dari satu tempat ke satu tempat.

Pun begitu, isu keselamatan trak pikap di negara ini masih lemah dengan ada saja berita yang tidak enak didengar melibatkan kenderaan pacuan empat roda itu.


Tular satu perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, yang menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda membawa sebuah peti ais di ruang kargo terbuka.

https://www.tiktok.com/@ku_cik/video/7208058098139925787

Menerusi rakaman dashcam berdurasi 41 saat itu, dapat dilihat trak pikap yang berada di lorong kanan bergerak laju dan secara tiba-tiba peti ais yang dibawanya terjatuh ke atas lebuh raya. Malah, terdapat serpihan barang yang turut melantun mengenai kenderaan di belakangnya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Lebuhraya Utara Selatan sebelum kawasan Rehat dan Rawat Rawang arah selatan.

“Aduh tuan, ikat betul-betul la jangan ikat macam teh o ais ikat tepi tuan. Lepas tu jangan la laju sangat… peti ais tu. Ini dah menyusahkan orang lain, nasib baik tak jadi apa-apa,” tulisnya.

Tidak dapat dipastikan sebuah bas yang berada di lorong kanan sempat mengelak daripada merempuh peti ais itu atau tidak pada akhir video tersebut.

Menjengah di ruangan komen, netizen mengecam kecuaian pemandu trak pikap itu kerana telah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Screenshot 2023 03 09 174108

Difahamkan, jika membawa barangan perdagangan menggunakan kenderaan milik persendirian dan tidak didaftarkan atas nama syarikat merupakan kesalahan undang-undang di bawah Seksyen 23 (2), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) iaitu kesalahan menggunakan cukai jalan perdagangan pada kenderaan lain.

Baca: Kajian Dedah Pemandu Kereta Mewah Miliki IQ Tahap Rendah

kereta mewah IQ rendah

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.