Dalam kancah perperangan di Eropah, ramai yang mulai risau dengan keselamatan diri, keluarga dan orang tersayang. Tidak kurang juga yang merasakan mereka patut melakukan sesuatu bagi menamatkan perang serta membela hak penduduk Ukraine yang diserang tentera Rusia.
Memetik laporan Daily Mail UK, seorang veteran tentera dari Britain telah melakukan sesuatu diluar jangkaan apabila bertindak untuk menyertai perang di Eropah Timur bersama Lads’ Army, kumpulan askar sukarelawan. Apa yang lebih menarik, bapa kepada dua anak itu memaklumkan isterinya beliau ingin ‘bird-watching’ pada mulanya, namun beliau terus berangkat ke Ukraine.
Tegas veteran tentera itu, beliau tidak sanggup hanya melihat dari jauh. Dengan pengalaman ketenteraan yang dimilikinya, beliau merasakan ada keperluan untuk berkhidmat semula selepas segala tanggungjawab kepada keluarganya sudah diberikan.
Kalau saya mati sekalipun, tidak mengapa”
Untuk rekod, Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson telah mengeluarkan peringatan kepada tentera sukarela ‘Lads’ Army’. Johnson dalam satu kenyataan berkata, mereka mungkin akan melanggar undang-undang British sekiranya mereka bertindak menyertai perang di Ukraine.
Baca: Tentera Rusia Menangis Terharu Dilayan Baik Orang Ukraine Diberi Makanan Video Call Emak