Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu kan…
Pepatah ini bolehlah disamakan dengan tuah tiga orang bibik kepada seorang usahawan yang terkenal di TikTok apabila tular video memaparkan majikan mereka berkongsi rezeki dengan bibik-bibik tersebut bersempena bulan Ramadan ini.
Dapat duit raya RM10,000 & ‘healing’ di private suite
Menerusi video yang dikongsikan @/farahwen di TikTok, tiga orang bibik majikan tersebut dilihat telah menerima duit raya bernilai RM10,000 seorang.
Bibik-bibik ini juga menurut Farah telah dianggap sebagai keluarga sendiri dan disebabkan itu mereka dilayan dengan baik sehingga dihantar untuk pergi ‘healing’.
@farahwen Tengok sampai habis ya ? Khas buat semua followers saya 200k. Thank you for following me. Rezeki untuk dikongsi bersama ❤️ #fyp
Selain dapat duit raya yang lumayan, korang juga boleh nampak yang bibik-bibik ini dibawa menaiki helikopter menuju ke sebuah lokasi percutian selama tiga hari dua malam.
Tak cukup dengan itu, mereka juga ditempatkan di sebuah suite asing yang mempunyai kemudahan yang hebat! Fuh ada private pool lagi weh!
“Nak apply jadi maid boleh?”
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang bercita-cita ingin juga menjadi pembantu rumah usahawan berkenaan.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji sikap majikan ini yang tidak berkira dengan bibik-bibiknya.
Bestnya jadi bibik duit raya sampai RM10,000! Min pun nak jadi bibiklah!
Baca: “Bagilah saya senang sikit” – Telatah Bibik Cuba Resipi Khairul Aming Buat Ramai Terhibur