in

Bagi Anak Hisap Vape: Bapa Direman 7 Hari, Anak & Ibu Dibawa Ke HKL

collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, video seorang kanak-kanak diberikan vape oleh bapanya sendiri dan dimuat naik ke media sosial oleh ibunya telah tular di media sosial.

Disebabkan ini, netizen telah pun meluahkan rasa marah mereka dan rata-ratanya menyifatkan tindakan tersebut sebagai penderaan kanak-kanak.


Screenshot 2021 05 06 at 10.20.29 AM

Ekoran dari ini, pihak polis telah pun menahan seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak dalam video tular tersebut, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe megatakan, sepasukan pegawai dan anggota polis serta pegawai JKM telah pun pergi ke sebuah kediaman di PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak selepas berjaya mengesan kediaman mereka.

98807618 3178879022179506 8304208808847081472 n 768x1024 1

Pihak polis dan JKM menyelamatkan kanak-kanak terbabit dan membawa bersama ibunya untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum mereka ditahan di wad untuk pemeriksaan susulan.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian suspek memberi anaknya menghisap vape dikesan berlaku di Taman Sahabat Jaya, Batu Caves, Selangor, pada 2 Mei lalu.”

Katanya lagi, pihak polis kemudiannya menahan bapa berusia 23 tahun tersebut kerana siasatan mendapati, walaupun ibu mangsa telah merakamkan situasi berkenaan, bapa ini merupakan orang yang memberikan vape kepada anaknya.

Suspek kini direman selam tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001.”

 

Baca: Polis Buru Ibu Bapa ‘Bergurau’ Bagi Anak Dipercayai Berusia 2 Tahun Hisap Vape

collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.