in

“Bagai tanah Hiroshima dibom” – Tragedi Letupan Kilang Mercun Sungai Buluh Musnahkan Lebih 200 Kediaman Pada Tahun 1991

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang tahu tak Sungai Buluh yang korang tengok tengah berkembang pesat sekarang ni sebenarnya pernah mengalami tragedi dahsyat yang meragut nyawa hampir 30 orang?

Untuk yang tak tahu, jom baca kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter mengenai tragedi letupan kilang mercun di Sungai Buluh pada tahun 1991 ni.


“Sungai Buluh umpana tanah Hiroshima yang dibom”

Eohviasuwaap1L6

Pada 7 Mei 1991 lalu kira-kira jam 3.45 petang, berlakunya tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers di Sungai Buluh.

Dikatakan, letupan ini berpunca dari seorang ahli kimia dari Hong Kong yang sedang menguji mercun di kilang tersebut.

Ahli kimia itu telah melakukan ujian mercun di tengah kawasan kilang, namun mercun tersebut telah meletup hingga ke atas bumbung terus ke tempat simpanan beratus-ratus bunga api.

Akibat dari kesilapan tersebut, kilang Bright Sparklers telah menghasilkan letupan gergasi yang boleh didengari sejauh 7km.

Letupan dari hampir 200 tan belerang ini telah menyebabkan percikan bunga api dan serpihannya bertebaran jauh dan menggegarkan Sungai Buluh.

Lebih 20 letupan berlaku berturut-turut

Eohs Pxueaeulgj

Lebih dahsyat lagi, belum sempat hilang rasa gerun akibat letupan gergasi itu, letupan kedua menyusul kira-kira 10 minit kemudian dan diikuti dengan letupan ketiga, iaitu letupan terkuat pada jam 4 petang. Sepanjang tragedi ini, lebih 20 letupan kemudiannya terus berlaku hingga kepulan asap paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak 8 kilometer.

Pekerja-pekerja yang baru nak memulakan tugas sesi petang dilihat menyerbu pintu keluar untuk menyelamatkan diri.

Keadaan huru-hara terus berlaku dengan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kilang bertempiaran melarikan diri bagi mengelak dari terkena serpihak batu, batang kayu dan besi yang berterbangan akibat letupan tersebut.

Kemalangan jalan raya turut berlaku kerana orang ramai berlari menuju ke jalan raya hingga seorang wanita cedera di kepala akibat dilanggar kereta ketika dia cuba nak menyelamatkan diri.

Raungan kesakitan mula kedengaran

Selepas letupan demi letupan mula berkurangan, kedengaran pula raungan kesakitan di mana-mana. Berpuluh mangsa berlumuran darah dan orang ramai mula mendekati tempat kejadian untuk mencari ahli keluarga masing-masing.

Eohwmxiuyae Fez

Tangisan dan raungan menjadi bertambah kuat bila mereka melihat jasad dan mangsa-mangsa yang rentung dan cedera di bawa keluar dari bangunan kilang yang hangus terbakar.

Lebih 50 anggota bomba dari Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Damansara Utama tiba di kawasan kilang dan bertungkus lumus memadamkan kebakaran hingga mereka terpaksa gunakan air yang dibawa sendiri kerana tekanan air terlalu rendah.

Operasi Api Buluh

Eohy Houeaadnjr 1

Operasi mencari, menyelamat dan membersihkan telah dijalankan selama 11 hari namun pada hari ketiga, operasi ini menjadi sukar bila hujan turun dan tindakbalas kimia mula berlaku.

Pasukan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas dan menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.

Pada 16 Mei, pihak berkuasa telah melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ bagi membersih dan memindahkan sisa bahan kimia kilang tersebut.

Eohy 9Suyaazazr 1

Seramai 26 jasad ditemui, 103 orang mengalami kecederaan dan selebihnya rentung hingga jasad menjadi abu dan tak boleh dikenal pasti.

Bukan itu sahaja, letupan ini juga telah memusnahkan hampir 200 kediaman penduduk yang terletak di sekitar kilang tersebut hinggakan tingkap-tingkap rumah di sekitar Sungai Buluh, Bandar Seri Manjalara dan Selayang pecah akibat impak letupan gergasi itu.

Mengubah polisi negara

Eohzap9U4Aevqug

Tragedi letupan kilang mercun ini telah memberi sejarah besar kepada negara sekaligus mengubah polisi negara untuk terus mengharamkan sebarang aktiviti mercun termasuk sempena perayaan.

Bukan itu je, kilang-kilang bunga api di seluruh Malaysia juga terpaksa ditutup akibat dari pengharaman ini.

Namun, tahun demi tahun, ramai orang dah semakin lupakan tragedi yang berlaku ini, dan setiap kali perayaan, penjualan mercun dan bunga api secara haram terus aktif dijalankan.

Gilakan? Tragedi sebesar ni, kita tak tahu pun pernah berlaku dekat negara kita. Admin sendiri baru tahu hari ini dari Twitter. Allahu…

 

Sumber: Wikipedia

 

Baca: “Kita akan jadi macam titanic ke?” – [VIDEO] Tragedi Sewol, Penumpang Karam Tunggu Arahan Kapten Rupanya Dah Cabut Lari

Screenshot 2020 01 20 At 3.23.18 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.