Sejak semalam lagi, isu melibatkan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri, Dato’ Seri Azmin Ali dan kementeriannya dalam memberikan kebenaran untuk sebilangan syarikat beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan telah mendapat kritikan hebat netizen.
Meskipun Azmin dalam satu kenyataan berkata hanya 20% iaitu melibatkan 128,150 syarikat dengan 1.57 juta pekerja yang dibenarkan beroperasi daripada 586,308 syarikat yang berdaftar dengan CIMS 3.0 (sejak 7.30 pagi semalam), masih ramai juga yang tidak puas hati.
Susulan itu, menurut BFM, netizen telah mewujudkan hashtag #AzminLetakJawatan yang kini trending di Twitter sebagai tanda protes kepada menteri tersebut.
Dalam pada itu juga, netizen didakwa telah membuat petisyen untuk menteri tersebut meletak jawatan yang setakat ini telah mendapat hampir 100,000 tandatangan (ketika artikel ini ditulis).
#AzminLetakJawatan is trending today, as netizens expressed anger against MITI Minister Azmin Ali, for allegedly allowing many businesses to operate despite the total lockdown.
At least 69,300 people have signed an online petition calling for Azmin's resignation, as of 10:30pm. https://t.co/XsIfaAcWeR pic.twitter.com/3F9mimbPXz
— BFM News (@NewsBFM) June 3, 2021
“8,000 kes sehari masih benar buka syarikat?”
Antara perkara yang diluahkan netizen termasuklah rasa kecewa rakyat tentang ‘total lockdown’ yang diadakan kerajaan ini tidak akan mencapai matlamatnya jika masih banyak syarikat beroperasi dalam tempoh ini.
Dalam pada itu ada juga yang berpendapat banyak syarikat menggunakan CIMS 3.0 untuk mendapatkan kelulusan beroperasi meskipun syarikat tersebut tergolong dalam non essential.
Dalam pada itu, semalam, Azmin juga ada menjelaskan bahawa MITI bukanlah satu-satunya kementerian yang menentukan industri mana yang dibenarkan beroperasi atau tidak.
Tambahnya lagi, 15 kementerian lain juga menggunakan platform CIMS 3.0 untuk memudahkan penilaian permohonan daripada kementerian-kementerian tersebut.
Uish makin panas isu ini. Harap kementerian yang terbabit dapatlah selesaikannya dengan baik untuk mengelakkan rasa tidak puas hati rakyat lagi.