Sejak sempadan antara Malaysia dan Singapura ditutup, ramai orang yang telah hilang pekerjaan dan ada juga yang terpisah dari keluarga selama berbulan-bulan.
Ini juga apa yang dirasai oleh keluarga Bella Astillah bila dorang terpaksa berjauhan sepanjang sempadan ditutup.
Malah, sehingga kini, Aliff Aziz masih belum dapat berjumpa anak perempuannya yang lahir lebih dua bulan lalu.
Baru-baru ini pula, Bella ada kongsikan sebuah video menunjukkan anak sulung pasangan ini, Ayden Adrean yang biasanya dilihat ceria dalam video-video sebelum ini menangis kerana rindukan ayahnya.
I’m sorry sayang, InshaAllah mommy usahakan ?? pic.twitter.com/7bnZD1cSgT
— Cinderbella? (@BellaAstillah) September 28, 2020
Dalam video yang dikongsikan di Twitter ini, Ayden kelihatan sedang menangis di depan rumah dan enggan masuk ke dalam rumah. Ketika ditanya kenapa dia tak nak masuk, anak kecil ini menjawab yang dia nak pergi ke Singapura untuk jumpa ayahnya.
Ayden tak nak masuk dalam rumah, Ayden mau masuk Singapore.”
Pada kapsyen video ini, Bella Astillah menulis yang dia akan usahakan agar anaknya itu dapat bertemu dengan ayahnya semula.
I’m sorry sayang, inshaAllah mommy usahakan.”
Perkongsian ini juga ternyata telah membuatkan ramai netizen yang sebak dan terharu. Ada juga yang memahami perasaan anak kecil ini kerana turut melalui pengalaman yang sama.