Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Admin sebenarnya salute dengan pesakit-pesakit kanser ini kerana mereka seorang yang kuat dan tabah dalam menghadapi kesakitan yang mereka alami.
Ia samalah seperti kisah yang dikongsikan seorang gadis ini mengenai semangat ayahnya dalam melawan penyakit kanser.
Menerusi posting gadis bernama Vanessa di Twitter, dia berkongsi kisah ayahnya yang sanggup jadi bahan ujikaji demi membantu pesakit kanser lain.
“Mendiang ayah telah disahkan menghidap kanser tahap 4. Lepas beberapa kemoterapi, doktor mahu dia jadi…”
Menurut Vanessa, mendiang ayahnya dulu menghidap penyakit kanser tahap 4. Namun selepas beberapa sesi kemoterapi, doktor meminta ayahnya jadi respondan bagi kajian mereka untuk proses kemoterapi yang baru.
Walau bagaimanapun, Vanessa tak setuju dengan cadangan doktor sebab lepas baca segala dokumen berkaitan kajian tu, dia dapati yang ayahnya terpaksa lalui pelbagai side effects macam kehilangan rambut, sakit bahagian abdomen, kerosakan hati dan kesakitan yang lebih dahsyat dari sekarang.
“Sa, daddy dah pergi. Dia buat chemo baru tu”
Tapi Vanessa terkejut gila keesokan harinya ibu telefon beritahu yang bapanya sudah pergi melakukan sesi kemoterapi yang baru itu.
Meskipun Vanessa cuba menghalang, dia tak berjaya sebab ayahnya sudah membuat keputusan untuk membuat kemoterapi terapi tersebut.
Kata ayahnya,
Ayah nak tahu sama ada chemo ini berjaya atau tak. Kalau ia berjaya, ayah akan jadi bukti bahawa kita ada penawar untuk kanser.
“Kalau tidak, tak apalah ayah perlu korbankan diri untuk buktikan yang doktor kena buat lebih baik. Ayah tak mahu orang lain mati.”
“Kemoterapi tu tak berjaya, tapi apa yang ayah buat memang perkara yang paling berani saya pernah tahu”
Semoga kisah ini terus jadi inspirasi buat semua cancer survivors di luar sana. Jangan pernah mengalah! Takziah buat keluarga Vanessa.