in

“Ayah boleh menjadi suami yang baik.” – Rani Kulup Luah Hasrat Mahu Memperisterikan Dato’ Vida

Rani Vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida menerima puluhan resume melalui emel dari jejaka yang menyampaikan hasrat untuk memperisterikannya.

Lebih mengejutkannya, resume yang diterima bukan sahaja dari jejaka Malaysia, tetapi juga luar negara seperti Finland dan Scotland.


Tetapi hari ini, seorang lagi lelaki telah menyatakan hasratnya untuk mengahwini usahawan itu secara terbuka. Jejaka yang dimaksudkan itu, tidak lain dan tidak bukan ‘ayah’ kesayangan ramai, Abdul Rani Kulup.

Rani
sumber: suara tv

Menurut Malaysiakini, presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu berkata bahawa dia mampu menjadi suami yang baik dan berharap agar Dato’ Vida dapat menerimanya.

“Ayah boleh menjadi suami yang baik.”

Abdul Rani yang juga suami kepada dua wanita ketika ditanya tentang penerimaan kedua-dua isterinya mengenai hasrat tersebut berkata, “Isteri-isteri ayah ‘steady‘”.

Bukan itu sahaja, Abdul Rani juga turut menyatakan keinginannnya untuk berduet dengan penyanyi I Am Me itu suatu hari nanti tetapi menyerahkan kepada Dato’ Vida untuk memilih lagu.

Dsv3
sumber: marketing

Terdahulu, Abdul Rani menerusi satu perkongsian di Facebook telah menyatakan kesudiannya untuk menjadikan Siti Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, sebagai isterinya.

“Ayah kan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni…tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan.”

Siti Kasim
sumber: malay mail

Mentang-mentanglah ada lagi dua kuota, kemain ayah ye!

Baca: Dato’ Vida Terima Resume Jejaka Scotland dan Finland Berhasrat Memperisterikannya

Vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.