in

Awas! Dalam 26 Produk KitKat Dari Jepun Ini Ada Ramuan Babi!

Kitkatjepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepada penggemar coklat, mohon lepas ni lebih berhati-hati dalam memilih coklat yang dijual di pasaran, perlu dibuat kaji selidik dahulu. Tak semestinya ianya halal jika sesuatu jenama produk itu mendapat sijil pengesahan di cawangan Malaysia.


Baru-baru ini laman Facebook Halal Japan telah mengumumkan bahawa 26 produk KitKat keluaran jepun ini sebenarnya tak halal!

 

Nestle KitKat Jepun tak selamat untuk muslim..Ada ramuan babi

47377810 2077146275678335 2815267748752392192 N
Sumber : facebook
Menurut sumber, mereka telah menghubungi pihak Nestle Jepun berkenaan dengan produk KitKat ini, mereka menjelaskan bahawa kandungan dalam produk tersebut tidak selamat digunakan bagi orang islam.

“Selepas kami hubungi Nestle Jepun tentang produk KitKat, mereka memberitahu bahawa KitKat mengandungi bahan terlarang untuk orang muslim (ramuan daripada lembu & babi). 

Bagaimanapun, produk KitKat yang lain tiada campuran bahan ini semasa proses penghasilannya. Kesimpulannya, produk Nestle KitKat Jepun tidak selamat bagi muslim”

Jadi kepada orang ramai yang akan travel atau ternampak produk keluaran Jepun ini, dinasihatkan agar tidak membelinya. Disini merupakan senarai produk-produk tersebut.

 

Senarai 26 produk KitKat yang tak halal

47469045 2077146339011662 786291207750811648 N
Sumber : jepun
47489923 2077146372344992 6157670328530108416 N 47506510 2077146379011658 3708701025985626112 N 47573596 2077146262345003 8416836517934137344 N 47687003 2077146342344995 1747166496712294400 N

Kalau anda ada berjalan kat mana-mana mall yang ada kiosk atau kedai yang jual snek Jepun tu mohon berjaga-jaga lah. 

Tapi jangan risau, produk KitKat yang komersial, dijual di mana-mana kedai tu, selamat sebab itu produk dari Malaysia dan sudah semestinya ia mendapat sijil halal.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.