Siapa je yang tak suka dengan Squid Game, TV siri paling popular pernah ditayangkan di Netflix?
Dengan barisan lakonan yang mantap, memang tak terkejut bila pelakon dari Korea Selatan O Yeong-su berjaya memenangi anugerah Golden Globes 2022.
Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Media Asing Hollywood (HFPA), pelakon berusia 77 tahun ini telah memenangi kategori Pelakon Pembantu TV Terbaik dalam Squid Game.
Lebih menerujakan, O Yeong-su berjaya mengalahkan nama-nama besar seperti Billy Crudup dan Mark Duplass yang tercalon untuk “The Morning Show, Kieran Culkin “Succession” dan Brett Goldstein untuk siri “Ted Lasso”.
Untuk korang yang masih tertinggal tren, O Yeong-su telah membawakan watak pemain Squid Game tertua dalam siri tersebut namun sebenarnya mastermind di sebalik permainan yang membawa maut itu.
Untuk pengetahuan korang, acara Golden Globes ke-79 yang diadakan di Beverly Hilton Hotel ini tidak dikeluarkan di televisyen selepas Hollywood boikot majlis anugerah ini atas dakwaan tidak mempunyai kepelbagaian.
Sumber: Korea Times
Baca: Pelakon Squid Game Park Hae-soo Bakal Membintangi Siri ‘Money Heist’ Korea!