Obses sangat nak main game sampai sanggup eh mencuri. Sampai kering akaun atok dia!
Menurut Harian Metro melaporkan datuk remaja itu hanya mengetahui wangnya lesap selepas menerima mesej di telefon bimbit memaklumkan yang 2,500 rupee (RM141) telah ditolak dari akaun miliknya meninggalkan baki sebanyak 275 rupee (RM15.46).
Mengesyaki dirinya menjadi mangsa penipuan, lelaki itu terus menghubungi pihak bank dan melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Dalam laporan tersebut, dia menjelaskan yang dia tak buat sebarang pemindahan dan tak pernah menerima kata laluan sekali guna (OTP).
Susulan itu, Jabatan Siber Polis New Delhi mengesahkan bahawa cucu lelaki mangsa, Pankaj Kumar, 23 tahun, adalah orang yang memindahkan wang mangsa keluar dari akaunnya.
Remaja lelaki itu memindahkan wang pencen dari akaun datuknya sebelum menggunakan wang itu untuk membiayai pembelian aplikasi dalam akaun permainan PUBG miliknya”
Polis menjejaki wang itu dipindahkan ke Paytm (dompet mudah alih) atas nama akaun cucu lelaki itu.”
Pankaj memaklumkan polis bahawa seorang kawan telah meminta ID dan kata laluan akaun Paytm miliknya namun polis percaya bahawa remaja tersebut sendiri yang menggunakan wang di Google Play untuk melanggan PUBG.
Akhirnya, dia mengaku dia sendiri yang pindahkan duit dari akaun datuknya untuk melanggan permainan online PUBG itu.
Baca : ‘Adoi, sakit perut aku..’ – Lawak! Selepas PUBG Disekat, India Kini Hasilkan ‘PABJE’ Versi Mereka