Dah jadi lumrah seorang artis akan sentiasa di bawah spotlight dan perhatian ramai. So, artis-artis ni memang kena jaga lah perangai supaya menjadi contoh yang baik kepada peminat dan orang ramai.
Baru-baru ni gara-gara “attitude problem“, penyanyi Haqiem Rusli dah ditegur oleh seorang individu di Twitter. Individu ini berkata ada tiga silap besar dilakukan Haqiem yang perlu diperbetulkan kalau tak nak karier sendu iaitu:
- Attitude problem
- Perangai perasan bagus
- Fanclub poyo
Amboi!
Kata individu ini, untuk bertahan dalam industri seni, artis tidak boleh bersandar pada bakat je tapi perlu jaga attitude termasuklah sikapnya terhadap senior dan rakan seperjuangan lain dalam industri.
Individu ini turut mengkritik perangai Haqiem yang dikatakan tidak beradab semasa di Anugerah Juara Lagu (AJL).
Katanya lagi, nervous dan usia yang muda bukanlah alasan bagi penyanyi berusia 20 tahun itu untuk bertindak sebegitu.
Bukan tu je, individu ni turut menegur cara Haqiem melayan Aishah yang kurang sesuai memandangkan Aishah merupakan antara penyanyi yang bagus dan dah lama berkecimpung dalam industri seni.
Individu ini juga kurang senang dengan isu lalu antara dia dan Asfan. Katanya,
Tak cukup dengan tu, Haqiem Rusli juga didakwa pernah ada masalah attitude semasa dijemput dalam program TV yang membuatkan ramai menyampah dengannya sebab buat perangai ala-ala diva.
Penyanyi lagu Tergantung Sepi ini juga dikatakan tidak boleh menerima kritikan yang melibatkan vokalnya.
Hmm… Macam-macam juga ye perkara yang perlu Haqiem Rusli perbaiki. Sebagai seorang artis memang kenalah tahan dengan kritikan dan jika komen pedas itu adalah untuk kebaikan, apa salahnya dengar kan?
Apa-apapun, selamat maju jaya buat Haqiem Rusli.